Betul ke diet pisang boleh kurus? - Blog Luqman Zakaria

Betul ke diet pisang boleh kurus?

Share This
Betul ke diet pisang dapat kuruskan badan? | Untuk artikel kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai diet pisang. Sejujurnya aku belum pernah tahu tentang diet pisang sebelum ini. Asalnya aku mencari maklumat berkaitan dengan kebaikan buah pisang untuk tubuh badan dan aku ternampak beberapa artikel mengenai diet pisang keluar di carian google.


Diet pisang ini sebenarnya dicipta oleh seorang ahli farmasi yang berasal dari jepun iaitu Sumiko Watanabe untuk membantu suaminya menurunkan berat badan. Ternyata selepas mengamalkan diet ini, berat badan Hitoshi (Suami kepada Sumiko Watanabe) berkurang sebanyak 16.8kg.  

Pada pendapat aku ia adalah satu pencapaian yang hebat kerana 16.8kg adalah satu jumlah yang sangat banyak dan bukan mudah sebenarnya untuk hilang sebanyak itu. Mungkin sekarang ini korang semua tertanya tanya bagaimana diet pisang dilakukan?

Cara Diet Pisang 

Sarapan Pagi-Sebiji Pisang bersama air suam
Makan Tengahari-Makan seperti biasa tetapi dengan portion yang kurang dari biasa dan sebaiknya hindari makanan berminyak dan tinggi kalori.
Makan Malam-Sebiji Pisang bersama air suam
Untuk makan malam pastikan korang makan sebelum jam 8 malam. Kenapa perlu makan seawal itu? Makan malam sebelum jam 8 atau lebih awal sebenarnya dapat membantu makanan dicerna dengan lebih baik. Elak makan makan terlalu lambat atau lewat kerana ia memberikan kesan yang tidak baik untuk sistem pencernaan dan ia juga boleh menganggu sistem metabolisma tubuh badan.

Credit : adichannel Sinar.my

1 ulasan:

  1. ya ALLAH nk try lah nnt... hahahaha mmg tgh try nk lose weight ni dah mcm kapal dah badan ni hHAHHAA.
    buat shake sedap gak kan dgn pisang ni...
    btw salam perkenalan done follow ur blog..jemput singgah mine ok

    BalasPadam

Pages