Belajar bahasa thailand dengan gadis cantik yang fasih berbahasa melayu - Blog Luqman Zakaria

Belajar bahasa thailand dengan gadis cantik yang fasih berbahasa melayu

Share This
Belajar bahasa thailand dengan gadis cantik yang fasih berbahasa melayu | Nutty Nathamon atau lebih dikenali dengan Nutty adalah seorang youtuber yang berasal dari Thailand dan dia sangat fasih bertutur dalam bahasa melayu.

Gadis cantik ini sebenarnya pernah viral beberapa bulan yang lalu disebabkan oleh salah satu rancangan realiti Thailand. Di rancangan tersebut, dia menjadi penterjemah kepada Upiak Isil yang popular dengan lagunya Tak Tun Tuang.

Nutty Nathamon | Instagram : @nutty.nathamon
Nutty Nathamon yang boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan lancar ini juga mempunyai bakat dalam bidang seni seperti menari dan menyanyi. Dia juga meminati lagu lagu melayu dan indonesia. Antara lagu lagu yang pernah dinyanyikan oleh Nutty di Youtube adalah Pematah hati (Nabila Razali), Di matamu (Sufian Suhaimi), Bukti (Virgoun) dan banyak lagi.

Belajar bahasa thailand dengan Nutty Nathamon

Selain menunjukkan bakat menyanyi dan menari di Youtube, Nutty juga mengambil peluang ini untuk mengajar  subscribers dari Malaysia dan Indonesia berbahasa Thailand. Jadi, kepada korang yang ingin belajar bahasa Thailand di youtube, korang bolehlah ke channel Nutty Nathamon. 

Ajar bahasa Thailand with Nutty Nathamon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pages