7 Muzium yang menarik untuk dilawati di Penang - Blog Luqman Zakaria

7 Muzium yang menarik untuk dilawati di Penang

Share This
7 Muzium yang menarik untuk dilawati di Penang | Salah satu destinasi pelancong yang menjadi pilihan ramai adalah Pulau Pinang kerana disana terdapat banyak lokasi pelancongan yang cukup menarik untuk dilawati termasuklah Muzium. Untuk artikel kali ini, aku ingin berkongsikan dengan semua pembaca mengenai 7 Muzium yang terdapat di Pulau Pinang. Kalau korang nak tahu, jom kita mulakan.

Wonderfood Museum Penang

Pulau pinang adalah salah satu lokasi yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang sangat menyelerakan dan pastinya dengan wujudnya muzium ini, pelancong akan dapat melihat kepelbagaian makanan dan masakan yang ada di Pulau Pinang dengan lebih dekat. Makanan makanan yang di Muzium ini dipamerkan dengan cara yang kreatif dan sangat "Instagram worthy". dimana ianya sesuai untuk mereka yang suka bergambar.

credit photo : Wonderfoodmuseum
Alamat
49, Lebuh Pantai Georgetown 
10300 Penang
(Next to CIMB Bank)
Harga Tiket
Dewasa RM15
Kanak Kanak RM10
Waktu Operasi
9 Pagi hingga 7 Petang

Penang 3D Trick Art Museum 

Yes! Dekat penang pun ada 3D art Museum yang boleh dilawati. Terdapat 12 tema berbeza yang korang boleh terokai. Antaranya adalah Panda Village, Jaws Truly, Deep Blue Diving, You in Wonderland, Aerial Skydiving dan banyak lagi. Jangan risau kalau datang seorang diri ke muzium ini kerana mereka mempunyai staff yang boleh membantu korang untuk mengambil gambar.

Credit photo : penangtrickart
Alamat
10 Lebuh Penang,
10200, Georgetown,
Penang
Harga Tiket
Mykad
Dewasa RM15
Kanak Kanak RM10
Pelajar dan Warga Emas RM10
Tanpa Mykad
Dewasa RM25
Kanak Kanak RM15
Pelajar dan Warga Emas RM15
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 
9 Pagi Hingga 6 Petang
Sabtu & Ahad
9 Pagi hingga 10 Malam

Muzium Kamera Penang (Asia Camera Museum Penang) 

Pada pendapat aku, Ini adalah salah satu muzium yang sangat menarik untuk dikunjungi terutama sekali bagi mereka yang meminati dunia photografi. Asia Camera Museum ini mula dibuka pada bulan Januari 2014. Disini terdapat lebih dari 1000 kamera dan aksesori yang mungkin korang tak pernah tengok sebelum ini.

Credit photo : asiacameramuseum
Alamat
71 Lebuh Armenian,
George Town,
10200 Penang,
Malaysia
(1st Floor of Yap Kongsi Temple)
Harga Tiket
Dewasa RM20
Kanak Kanak RM10
Waktu Operasi
10 Pagi hingga 6 Petang

Made in Penang Interactive Museum

Salah satu sebab kenapa korang perlu melawat Made in Penang Interactive Museum ini adalah ianya bukan hanya menyediakan 3D art yang menarik tetapi ianya sedikit sebanyak menceritakan tentang sejarah penang itu sendiri. Menarik kan! Korang bukan sahaja boleh bergambar malah dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang tempat yang dikunjungi.

Credit photo : MadeInPenang
Alamat
3, Pengkalan Weld,
George Town,
10300 George Town,
Penang
Harga Tiket
Dewasa RM25
Kanak Kanak RM15
Waktu Operasi
10 Pagi hingga 630 Petang

Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum

Banyak juga rupanya 3D Art Museum dekat Penang ini rupanya tetapi kalau korang ingin kelainan bolehlah berkunjung ke Dark Mansion kerana 3D Art yang ada disini bercahaya dalam waktu gelap. Gambar gambar yang diambil juga pastinya akan nampak lebih menarik dengan 3D Art yang glow in the dark ini kan.

Credit photo : darkmansionpenang
Alamat
145, Lebuh Kimberley,
George Town,
10100 George Town,
Pulau Pinang
Harga Tiket
Mykad
Dewasa RM25
Kanak Kanak RM15
Warga Emas RM15
Tanpa Mykad
Dewasa RM35
Kanak Kanak RM25
Warga Emas RM25
Waktu Operasi

Upside Down Museum Penang

Berkunjung ke muzium terbalik pastinya akan memberikan pengalaman yang cukup best untuk semua orang. Betul tak? Dapat bergambar dengan pelbagai aksi untuk menjadikan gambar nampak real memang satu aktiviti yang menyeronokkan di muzium terbalik seperti ini. Jadi, kalau korang bercuti ke Penang, jangan lupa untuk ke muzium terbalik yang terletak di George Town.

Credit photo : upsidedownmuseum
Alamat
45, Kimberley Street,
10100 George Town,
Penang
Harga Tiket
Dewasa RM16
Kanak Kanak RM8
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
9 Pagi hingga 5.30 Petang
Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum
9 Pagi hingga 630 Petang

Toy Museum, Wax Museum, Museum of Bags and Collectibles and Heritage garden 

Salah satu lokasi pelancongan bersama keluarga yang perlu korang pergi sekiranya datang bercuti di penang adalah Toy Museum penang yang menempatkan pelbagai koleksi patung dan permainan kartun animasi termasuklah doraemon, patung barbies, dinasour, spiderman, snow white dan banyak lagi. Selain itu, korang juga boleh ke wax museum, museum of bags and collectibles dan heritage garden yang terletak ditempat yang sama.

Credit photo : toymuseumheritagegarden 
Alamat
Toy Museum Heritage Garden,
1370 MK2, Teluk Bahang,
11050 Penang
(Bersebelahan dengan SJK (C) Eok Hua)
Harga Tiket
Dewasa RM26
Kanak Kanak RM19
Waktu Operasi
9 Pagi hingga 6 Petang setiap hari
Last masuk jam 530 Petang
Tiada charge dikenakan untuk kamera dan parking 

1 ulasan:

  1. Dari 7, Aien baru masuk 2.. Kena pegi lagi ni nampak gayanyaa.. ^^

    BalasPadam

Pages