Nikmati hidangan halal dan sedap di Restoran Chinese Muslim Abdullah - Blog Luqman Zakaria

Nikmati hidangan halal dan sedap di Restoran Chinese Muslim Abdullah

Share This
Nikmati hidangan halal dan sedap di Restoran Chinese Muslim Abdullah | Pada hujung minggu yang lepas aku berkunjung ke Negeri Perak dan berpeluang untuk makan tengahari di sebuah restoran yang baru sahaja dibuka kepada umum pada 16 September 2018. Restoran Chinese Muslim Abdullah ini terletak di Medan Meru Bestari Ipoh Perak dan mereka menyediakan lebih 100 menu yang cukup menyelerakan untuk dicuba oleh penggemar masakan cina.


Nikmati lebih 100 hidangan masakan cina muslim di Restoran Chinese Muslim Abdullah

Ini serious korang! Restoran ini menyediakan lebih 100 menu halal  untuk pelanggan mereka nikmati. Aku sempat mencuba beberapa hidangan pada hari pelancaran restoran dan ternyata hidangan yang disediakan pada hari tersebut menepati citarasa aku. 


Menurut pemilik restoran ini, Muhammad Aiman Loh, menu menu tersebut merupakan resepi turun temurun keluarga dimana bapa saudaranya sendiri yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan manakala beliau sendiri pula memastikan setiap hidangan yang disajikan menepati citarasa tempatan dan pada masa yang sama ianya memenuhi syarak halalan Toyyiban. 


Menu yang dihidangkan pada hari pelancaran restoran ini adalah udang mentega labu, sotong ribut, taufu resepi bonda, chicken chop lemon, ayam kari, sirip isi ketam, ayam marmite dan banyak lagi. Ini hanya sebahagian sahaja, sekiranya berkunjung ke restoren ini, korang dapat mencuba pelbagai jenis masakan yang berasaskan udang, sotong, kupang, ketam, ayam, ikan, sayur, abalone, noodles dan juga nasi.

Chicken Chop Lemon
Labu Mentega
Makanan di Restoran Chinese Muslim Abdullah sememangnya akan menjadi pilihan aku kalau mengidam nak makan makanan cina sebab semuanya sedap especially labu mentega dekat atas ini. Sampai licin aku makan. Jadi, buat korang yang tinggal di Perak terutama sekali di Ipoh, berkunjunglah ke restoran ini untuk mencuba masakan cina muslim yang sedap dan halal.

Restoran ini juga mempunyai kemudahan lain seperti surau, ruang untuk acara majlis dan bilik persalinan di tingkat 2 dan 3 tetapi masih lagi dalam proses pengubahsuaian walau bagaimanapun  korang masih boleh datang berkunjung untuk menikmati hidangan lazat mereka. 

Restoran Chinese Muslim Abdullah
No.5 & 5a & 5b,
Jalan Meru Bestari A14,
Bandar Meru Jaya,
30020, Ipoh,
Perak
Telefon
0195169516
Waktu Operasi
430 Petang - 1230 Malam
*Setiap hari kecuali Khamis
Harga untuk setiap hidangan adalah serendah RM7 hingga RM70
Facebook
restoranchinesemuslimabdullah

23 ulasan:

  1. Tarnish pd Restoran Chinese Muslim Abdullah atas penniless premis barunya.

    BalasPadam
  2. bebb semua makanan nampakk sedap esp Chic Chop Lemon tu ha. terliuq.

    BalasPadam
  3. Wah..enak-enak makanannya

    sedap...sedap...sedap :)

    BalasPadam
  4. selalu makan dekat restoran chinese muslim dekat area parade tuu lepasni boleh try sini pulak

    BalasPadam
  5. Huda memang suka makan chinese food cooked by muslim. menu-menu semua menarik. teruja tengok lemon chicken chop tu. mesti sedap

    BalasPadam
  6. yummy halal food.. chinese muslim dishes looks nice.. time to try it out..

    BalasPadam
  7. Mak aiii jauhnya pi makan..haha..ok rasanya ada jer kat Area Damansara sana restoran chinese muslim..akak suka pi Restoran Adam Lai..heheh..makanan tu semua memang nampak menggiurkan..lapar terus

    BalasPadam
  8. The food looks indeed delicous. I want to try out the chicken chop lemon which is my favourite dish.

    BalasPadam
  9. Jauhnya la nak makan. Kenapa la buat Rawlins kelaparan sebegini? Jahattau Luqman share pix makanan nan lazat sebegini.

    BalasPadam
  10. Maigod..lepas ni.boleh ajak husband ke sini utk makan kt sini...shark fin sup tu fav saya...huuuu dapnyaa

    BalasPadam
  11. waaa sedapnya nampak semua makanan2 tuu! qeela mmg suka mkn kat chinese muslim restaurant, makanan2 yg ada mesti menggiurkan sentiasa haha!

    BalasPadam
  12. Jauh bebenor nak gi terjah..kat kl x ada cawangan ke? Sis mmg suka hidangan chinese muslim ni..dah lama x pekena. Tgok gambo teringin lak

    BalasPadam
  13. Adoiii sedapnya luqman heheh
    Lepas ni boleh singgah ke sini sebab xpnh makan chinese muslim punya makanan hehe

    BalasPadam
  14. tudiaaa.. sampai Ipoh naa pi JJCM. Tapikan berbaloi kalau dapat makan kat Restoran Abdullah Chan ni. Ye la, bukan senang nak makan chinese food yang halal. Eh, kalau tak silap kat KL pun ada cawangan dia kan.

    BalasPadam
  15. Kadang kadang bila nak makan makanan cina bolehlah singgah ke sini. maklumlah kan, bukan murah harga makanan ni. Mujur saiz hidangan besar

    BalasPadam
  16. Makanan cina Yang halal memang susah nak cari. Suka juga makanan cina sebb sedap .Kalau turun ipoh boleh Cuba makan kat sini

    BalasPadam
  17. Kak liez suka makanan chinese.. nak kena g jugak ni klau balik ipoh.. selalu g meru sbb nak ke MYdin tu.. xpe next nak ke sana.. terliur tgk gambar makanan..

    BalasPadam
  18. OMG! I olss mmg suka masakan cina muslim camni..muahahha udang mentega labu tu temptingnya..tak pernah try lg ni biasa kan kte selalu makan buttered prawn je

    BalasPadam
  19. Kalau balik ipoh boleh terjah ni. Tak jauh mana dari rumah mak. Nampak menunya macam best best je.

    BalasPadam
  20. Labu mentega dia homaiiinnanpak sedap giler. Creamy betul. Tak pernah lagi makan kat sini. Nanti nak ajak kan famili gathering kat sini

    BalasPadam
  21. chinese food memang sedap. kena dengan tekak melayu kita. tp kadang2 takut nak masuk sbb takut tak halal. nasib baik yg ni dah sah halal. hehe

    BalasPadam
  22. Hospital khas untuk pemulihan. Memang bagus ada hospital macam ni. Selalu dengar hospital biasa je kan. Memang menarik

    BalasPadam
  23. makanan cina muslim mmg sedap, pernah sekali cuba dekat area kl ni..kt perak ni belum lagi..kene try ni

    BalasPadam

Pages