Bermalam di Hotel Best Western Petaling Jaya - Blog Luqman Zakaria

Bermalam di Hotel Best Western Petaling Jaya

Share This
Bermalam di Hotel Best Western Petaling Jaya | Samada untuk percutian santai atau pun atas urusan kerja, Hotel Best Western yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya ini sesuai untuk dijadikan tempat menginapan korang kerana lokasinya yang agak strategik.


Lokasi hotel yang berada berdekatan dengan kemudahan awam seperti LRT Asia Jaya adalah antara penyebab kenapa ianya menjadi pilihan ramai. Hotel ini bukan sahaja berdekatan dengan LRT malah disitu juga terdapat Jaya Shopping Centre dimana tetamu boleh kesana untuk membeli belah.

Jenis jenis bilik yang ada di Hotel Best Western Petaling Jaya

Hotel ini mempunyai 344 bilik termasuklah superior, club floor superior, suite dan juga presidential suite. Sepanjang dua hari satu malam di hotel ini, aku menginap di bilik superior yang cukup selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.


Antara kemudahan yang ada di dalam bilik ini adalah TV LCD yang dilengkapi dengan siaran tempatan dan antarabangsa, room service yang beroperasi selama 24 jam sehari, safety box, coffee, tea, air mineral, wifi percuma dan sekiranya korang memerlukan iron dan iron board boleh request dengan pihak hotel.


Untuk bilik air pula, semuanya lengkap dengan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu seperti tuala mandi, shampoo, sabun, lotion, berus gigi, sikat, pengering rambut, sanitary bag dan lain lain lagi. Jadi, kalau korang terlupa nak bawa toiletries jangan risau sebab semuanya ada disediakan.

Kemudahan lain yang ada di Hotel Best Western Petaling Jaya

Korang juga boleh menikmati kemudahan lain yang ada disini contohnya macam gymnasium, sauna, jakuzi dan juga kolam renang yang berada tingkat paling atas. Selain itu, mereka juga menyediakan 5 bilik mesyuarat untuk disewakan kepada tetamu yang berminat. 

Gymnasium
Swimming Pool
 Meeting Room
Sauna dan Jakuzi

Dua restoren menarik di Hotel Best Western Petaling Jaya

Sepanjang dua hari satu malam menginap disini, aku juga berpeluang untuk mencuba beberapa hidangan lazat di dua buah restoren mereka iaitu  Kembali Kitchen dan juga Skyz Dine & Bar


Kembali Kitchen
Restoren pertama yang aku nak kongsikan dengan korang semua adalah Kembali Kitchen dimana disini mereka menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari. Untuk sarapan pagi, makanan disediakan secara buffet.


Untuk lunch pun aku makan dekat restoren yang sama tetapi kali ini aku dihidangkan dengan Warisan Set Lunch yang berharga RM15. Ada tiga pilihan lauk pauk yang sangat menyelerakan untuk set ini iaitu asam pedas ikan pari, ayam bakar percik kelantan dan rendang ekor. Aku memilih ayam bakar percik kelantan yang didatangkan bersama dengan iced lemon tea. 


Skyz Dine & Bar
Makan malam pula diadakan di rooftop hotel iaitu Skyz Dine & Bar. Apa yang boleh aku katakan ianya sangat best kerana aku berpeluang untuk menikmati BBQ Buffet dinner dimana mereka menyediakan pelbagai jenis makanan grill yang cukup menyelerakan seperti sotong, ikan, kambing, udang, otak otak, satay dan macam macam lagi. 


BBQ Buffet Dinner ini bermula pada jam 6.30 petang sehingga 10 malam pada hari jumaat dan sabtu sahaja. Harga untuk dewasa RM110nett, kanak kanak RM33nett dan warga emas pula RM55nett. Korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 40% sekiranya menginap di hotel ini atau membayarnya dengan menggunakan kad maybank.

Pengalaman menginap di Hotel Best Western Petaling Jaya sangat menyeronokkan! Terima kasih diucapkan kepada pihak Hotel atas jemputan ini serta layanan mereka yang sangat mesra. Untuk korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Hotel Best Western Petaling Jaya boleh layari laman sesawang mereka seperti dibawah.

infor@bestwesternpj.com.my

1 ulasan:

Pages