Breaking News

Menginap di Hotel Marriott Putrajaya yang sangat cantik dan selesa

Menginap di Hotel Marriott Putrajaya yang sangat cantik dan selesa | Menginap di hotel bertaraf lima bintang  yang mempunyai dekorasi yang sangat cantik dan bilik yang selesa menjadi impian ramai orang diluar sana termasuklah aku sendiri. Jadi, Aku memilih untuk menginap di Hotel Marriott Putrajaya sebagai destinasi "Edisi Hotel" untuk kali ini sebagai weekend getaway yang cukup menyeronokkan dan mengenyangkan!


Pertama kali menjejakkan kaki ke hotel ini membuatkan aku sangat teruja terutama sekali dengan seni bina hotel yang sangat "english" dan nampak seperti berada diluar negara. Melangkah masuk sahaja ke dalam hotel, aku dah tak keruan sebab aku sangat "impress" dengan lobi mereka yang cukup besar dan dekorasinya pula nampak sangat mewah.
The hotel concept is  a combination of Mediterranean - Moorish architecture and its interior and motive is palm leaf inspired

Bilik yang selesa di Hotel Marriott Putrajaya 

Hotel ini mempunyai 488 bilik termasuklah Guestrooms, Executive rooms dan Exclusive suites. Semua bilik yang ada disini telah pon diubahsuai dan diperbaharui mengikut standard yang ditetapkan oleh Marriot.


Selama dua hari satu malam ini, aku menginap di bilik Deluxe yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti TV LCD dengan satelilite channels, telefon IDD, internet, safebox, iron, iron board, torchlight, coffee and tea dan juga minibar.


The best part about this room is definitely bathtub tapi sadly aku tak sempat nak gunakan bathtub ini sebab masa yang limited. Yelah kan stay satu hari sahaja manalah cukup sebab hotel bertaraf lima bintang mempunyai pelbagai kemudahan lain yang perlu diterokai. Oh yer, untuk pengetahuan korang, bilik air ini didatangkan dengan glass shower cubicle dan dipenuhi dengan bathroom amenities yang  lengkap.

Kemudahan lain yang ada di Hotel Marriott Putrajaya

Selain bilik yang selesa, Hotel Marriott juga menyediakan banyak kemudahan lain untuk kegunaan tetamu seperti meeting rooms, ballroom, gymnasium/fitness centre, swimming pool, kiddies world, spa dan juga perkhidmatan van yang boleh digunakan oleh tetamu ke IOI City Mall Putrajaya yang terletak berdekatan dengan kawasan hotel.

 Fitness Centre
Swimming Pool
Kiddies World
Dewi Teratai Spa

6 tempat makan yang best di Hotel Marriott Putrajaya

Sepanjang dua hari satu malam menginap di hotel ini, aku bukan sahaja berpeluang untuk menggunakan kemudahan seperti swimming pool dan fitness centre sahaja malah aku juga sempat mencuba beberapa hidangan lazat di beberapa restoren yang ada di hotel ini.

Zest Lifestyle Restaurant
Restoren pertama yang aku nak kongsi dengan korang semua adalah Zest Lifestyle Restaurant dimana disini mereka menyediakan sarapan pagi secara buffet. Pelbagai jenis makanan dihidangkan untuk memenuhi selera  para tetamu. Antara yang sempat aku cuba sendiri adalah roti tisu, nasi lemak, pastries, buah buahan, cereal, salad, noodles dan banyak lagi. 


Summer Palace Restaurant
Untuk lunch pula, aku ke summer palace untuk mencuba dim sum set lunch yang berharga RM88/pax. Set ini didatangkan dengan hidangan cukup menarik. Selain itu, aku juga berpeluang untuk mencuba kuih bulan yang dijual disini. Ada banyak perisa yang disediakan dan antaranya adalah snow skin durian mooncakes, golden bean with black sesame n gold dust dan lain lain. 


Tuscany Italian-American Restaurant and Tuscany Bar & Bistro
Untuk dinner, masakan western menjadi pilihan aku. Di Tuscany Italian-American Restaurant ini, aku sempat mencuba pizza, pencuci mulut yang sangat lazat seperti tiramisu dan juga sirloin steak yang sangat sedap. 


Midori
Hotel Marriott Putrajaya juga mempunyai satu restoren yang diberi nama Midori dimana mereka menyediakan hidangan makanan jepun. Jadi, buat korang yang menggemari masakan jepun bolehlah singgah ke Restoren ini untuk mencuba sendiri keenakan masakan jepun.

Lobby Lounge
Untuk light refreshment dan cocktails, lobby lounge menjadi pilihan tetamu. Lobby Lounge ini dibuka bermula jam 5 petang hingga 12 malam dan pelanggan boleh menikmati hidangan cocktail sambil melihat persembahan live band disini.

d'Oracle Coffee Lounge
Di Coffee Lounge pula, korang boleh mencuba pelbagai jenis coffee, kek dan juga pastries.

As i mentioned earlier pengalaman menginap di Hotel Marriott Putrajaya selama dua hari satu malam ini sangat menyeronokkan dan mengenyangkan! Terima kasih diucapkan kepada pihak Hotel Marriott Putrajaya atas jemputan ini serta layanan mereka yang sangat mesra. Untuk korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Hotel Marriott Putrajaya boleh layari laman sesawang mereka seperti dibawah.

www.marriott.com/kulpg
www.putrajayamarriott.com/

3 ulasan: