Breaking News

Food tasting dan open day di Ambassador Putrajaya sangat meriah

Food tasting dan open day di Ambassador Putrajaya sangat meriah | Sebelum ini aku pernah kongsikan satu artikel berkaitan dengan food tasting dan open day di Ambassador Putrajaya yang berlangsung pada hari Ahad, 12 Ogos 2018. Sangat teruja sampai aku sendiri pon pergi ke sana untuk mencuba makanan dan melihat sendiri pakej pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh mereka.


Aku sejujurnya memang tak sabar nak mencuba makanan yang disediakan oleh Ambassador Putrajaya untuk majlis uji rasa mereka kali ini sebab aku pernah datang kesini untuk majlis berbuka puasa beberapa bulan yang lepas dan kebanyakan makanan yang ada semuanya sangat sangat sedap dan menepati citarasa aku.




Ambassador Putrajaya menyajikan pelbagai menu masakan yang sedap

Bila dah cuba makanan yang ada. Yes! Semuanya sedap, just as what i thought! Lauk pauk yang paling aku suka adalah daging masak hitam, daging gulai dan juga ayam masak merah. Selain makanan berat, mereka juga ada menyediakan pencuci mulut. Sebelum masuk dewan lagi aku dah nampak apam balik, serious terliur gila tengok dan bila dah cuba sendiri ternyata memang sedap. Sempat jugalah makan satu lagi sebelum balik takut nanti teringat ingat. haha.




Selain apam balik, Ambassador Putrajaya juga menghidangkan menu menu lain yang sangat menyelerakan contohnya macam bubur kacang, satay, cendol, cucur dan juga beberapa jenis kueh mueh melayu untuk dicuba oleh tetamu yang hadir. Oh yer! kambing grill pon ada juga tau. Kambing grill ini adalah antara menu yang paling digemari ramai orang. 


Hanana Group Sdn Bhd menawarkan pakej lengkap perkahwinan di Putrajaya dan Puchong


Perkhidmatan mereka dari segi makanan sememangnya sangat tiptop. Jom kita tengok apa yang menarik dengan pakej perkahwinan yang ditawarkan pula. Melangkah masuk sahaja ke ambassador putrajaya, feeling dia seolah olah macam datang ke majlis kahwin sebab semuanya lengkap. Siap ada pelamin lagi. Dewan pon sangat cantik. Pekerja mereka juga sudah bersiap sedia ditempat yang disediakan bagi memudahkan tetamu yang datang untuk bertanyakan tentang pakej perkahwinan yang ada.


Aku pon sempat juga tengok beberapa pakej perkahwinan lengkap termasuk dewan dan katering dari mereka. Seriously memang sangat berpatutan. Selain dewan dan katering, pakej lengkap yang disediakan oleh mereka juga termasuk dengan hall deco, wedding attire, make up artist, PA system, emcee dan banyak lagi.
Selain menyediakan pakej pakej perkahwinan, Hanana Group Sdn Bhd juga turut memperkenalkan dua lokasi perkahwinan yang baru iaitu Lugar De La Boda Garden Wedding @ Puchong dan Dewan Tan Sri Yusuf Hashim, MARDI.
Artikel Food tasting dan open day Hanana Group Sdn Bhd untuk bakal pengantin

Sekiranya ada diantara korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh Ambassador Putrajaya, bolehlah layari laman sesawang dan laman sosial mereka yang lain seperti facebook dan juga instagram seperti yang tertera.

Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya

Sebarang pertanyaan dan tempahan
Fazlin - 0172345297
Farah - 0166700457
Liana - 0164318434
Hanis - 0166700752
Hizwan - 0166700471
Office - 0166700473

Website
Facebook
Instagram

1 ulasan: