Pulang | Filem epik yang diilhamkan dari sebuah kisah benar dengan bajet RM6 juta!

Pulang The Movie | Buat pertama kalinya aku nak berkongsi dan bagi review sedikit tentang satu filem baru yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi iaitu "Pulang". Baru baru ini aku berpeluang untuk menghadiri Malam Gala filem Pulang di GSC, Pavillion Kuala Lumpur. Ramai yang hadir untuk memeriahkan Malam Gala tersebut termasuklah pelakon pelakon yang terlibat dalam filem "Pulang" dan antaranya adalah Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans, Dato Jalaluddin Hassan, Dato Rahim Razali dan ramai lagi.


Aku sangat teruja bila dapat tahu yang filem Pulang adalah arahan Khabir Bhatia sebab beliau pernah mengarah beberapa drama dan filem yang cukup diminati ramai sebelum ini contohnya Nur Kasih, Amukan Azazil dan banyak lagi. Untuk pengetahuan semua juga, bajet untuk filem ini adalah sebanyak RM6 Juta dan ianya adalah filem  terbesar terbitan Primeworks Studio.


Sinopsis Pulang 

Kisah duka seorang lelaki dari serkam (sebuah perkampungan nelayan di Melaka) yang belayar ke serata dunia dengan harapan untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan, meninggalkan isteri dan anaknya yang tidak pernah berputus asa menunggu kepulangan suami dan ayah tercinta. Filem yang memaparkan beberapa buah lokasi yang berbeza ini diilhamkan dari sebuah kisah benar yang merentasi 3 generasi keluarga. 

Review tentang filem Pulang The Movie

Sebelum menonton sesebuah filem sudah semestinya kita akan tengok trailer dulu kan. Pertama kali aku tengok trailer Pulang, memang dah terdetik dalam hati aku "bila dah keluar dekat pawagam nanti aku mesti tengok". Alhamdulillah dapat peluang untuk menonton lebih awal dan first word aku bila filem ini dimainkan adalah "wow"!

"wow" tuh berterusan sampailah ke penghujungnya sebab apa? sinematografilah penyebabnya. Sangat menggagumkan! Kalau tak percaya korang boleh tengok trailer dan nilai sendiri. Filem ini dilakonkan dalam era yang berbeza, aku kagum dengan effort crew yang bekerja dibelakang tabir, mereka sangat teliti dengan props yang digunakan. Ianya nampak logik dan sesuai dengan era atau zaman yang ingin digambarkan. 


Banyak sebenarnya scene favourite aku dalam filem ini. Salah satunya, scene dekat hong kong, sangat terkesan buat aku sebab mereka seolah olah berada di negara tersebut walhal ianya adalah set rekaan yang dibuat khas untuk filem Pulang.

Penggunaan CGI dalam filem ini juga sangat memberangsangkan. Ada banyak babak babak menarik yang menggunakan kesan visual khas tetapi aku langsung tak perasan which is quite impressive lah kan sebab ia membuktikan mereka telah berjaya membuat penonton percaya bahawa ianya adalah "real". Aku cadangkan korang tengok belakang tabir filem Pulang, barulah korang akan lebih  tahu tentang proses pembikin filem ini dan appreciate kerja keras mereka bekerja untuk merealisasikannya. 

Dari segi pemilihan watak pula, semuanya hebat especially Remy Ishak. Watak Othman yang dibawakan oleh Remy Ishak memang sesuai dengan beliau dan Puteri Aishah pon tak kurang hebatnya juga. Selain pelakon pelakon hebat yang aku nyatakan pada awal artikel, filem ini juga membawa lebih 500 pelakon tambahan untuk menjayakan "Pulang". 

Rating aku untuk Filem Pulang
4/5
Tajuk filem
Pulang
Tarikh Tayangan
bermula 26 Julai 2018
Disebalik Tabir Pulang (1 jam Ekslusif)
TV3 - Sabtu, 21 Julai 2018 / 530pm - 630pm
TV9 - Ahad, 22 Julai 2018 / 600pm - 7pm
Tonton - siaran ulangan
Maklumat Lanjut
www.facebook.com/pulangthemovie
Terbaru Lebih lama