Melancong lebih mudah dan senang dengan Traveloka - Blog Luqman Zakaria

Melancong lebih mudah dan senang dengan Traveloka

Share This
Melancong lebih mudah dan senang dengan Traveloka | Hai semua! Dah lama rasanya tak share tentang hal hal yang berkaitan dengan travel di blog luqman zakaria. Lagi pon aku ini jarang travel ke mana mana lately tapi aku tetap jugak nak share pasal travel sebab aku ada jumpa satu website  yang boleh digunakan oleh kaki travel diluar sana iaitu Traveloka. Website ini sesuai digunakan sebagai medium untuk korang semua buat research sebelum melancong atau travel ke tempat tempat kesukaan korang. Kenapa aku pilih traveloka? Jom baca entry/artikel ini sampai habis!


Jom travel dengan Traveloka

Traveloka adalah "Travel Website" yang mempunyai pelbagai informasi berkaitan flight dan hotel. Menariknya traveloka ini, ianya boleh gunakan sebagai one stop centre untuk memudahkan korang merancang percutian. First, Korang google Traveloka Malaysia, buka website tersebut untuk explore dengan lebih details.


Mula mula sekali korang usha usha la nak travel mana. Lepas tuh taip nama negeri yang korang nak pergi di ruangan "city, destination or hotel name". Contohnya Sabah, Perak, Kedah, Selangor atau negeri negeri lain yang ada dalam bucketlist percutian korang. Make sure pilih tempat dan tarikh yang betul mengikut apa yang diinginkan takut nanti kalau tersilap pilih tarikh kang salah booking pulak. Sekiranya korang dah tahu nak menginap dekat hotel mana, masukkan sahaja nama hotel terus. Once dah siap isi semua maklumat, korang just tekan butang search.


Once dah search, traveloka akan senaraikan hotel hotel yang ada di kawasan yang korang cari. Dalam gambar dekat atas ini, aku search negeri sabah, jadi kesemua hotel yang ada di sabah akan disenaraikan untuk korang buat perbandingan. List ini boleh disetkan dari segi popularity, review score, highest price dan juga lowest price. Dengan adanya fungsi ini, ia akan memudahkan korang memilih hotel mengikut pilihan yang korang inginkan. Best kan traveloka ini sebab korang boleh cari hotel, baca review pengguna hotel dan bandingkan harga hotel hotel yang ada, dalam satu website sahaja. Senang cerita, traveloka made your research easier. gituhh! 


Bab cari hotel dah settle. Jom kita cari tiket penerbangan pulak! Yes! Dekat website traveloka ini korang juga boleh cari flight ticket. Caranya sangat mudah, isikan ruangan tempat berlepas, destinasi, tarikh, bilangan penumpang dan akhir sekali tekan search. 


Bila dah tekan search, akan keluar list flight yang available with many options of airline companies. Ada Air Asia, Malindo, MAS dan lain lain. Flight pon korang boleh buat comparison. Kan betul aku cakap best. haha! Tunggu apa lagi? korang dah boleh mula buat booking hotel terus dari website traveloka ini. Dengan internet dan teknologi yang canggih sekarang ini, korang dah tak perlu keluar rumah kalau nak book hotel dan flight ticket. Bercakap tentang travel ini kan, sebenarnya tak perlu pon jadi kaya untuk pergi travel. Kita kena pandai buat pilihan sahaja sebab tuh aku suka buka website traveloka. Dengan adanya website ini, aku boleh buat comparisan harga untuk hotel dan flight mengikut kemampuan. 

Macam mana pula dengan percutian di luar negara? Jangan risau sebab traveloka cover banyak tempat termasuklah oversea. Inilah istimewanya travoleka dimana korang boleh menggunakannya untuk travel ke mana sahaja yang korang nak. Selain itu, make sure to check the website bila korang tengah free tau sebab kadang kadang, traveloka ada buat promosi.


Manalah tahu dapat promosi yang terbaik dari traveloka. Bolehlah berjimat dan bercuti dengan gembiranya tanpa perlu memikirkan bajet yang tinggi. betul tak? Oklah korang, rasanya cukup sampai sini jerlah untuk entry kali ini. Aku nak pergi usha harga bilik hotel pulak. Dah lama rasanya tak staycation dekat mana mana hotel. Kalau ada harga yang murah murah boleh book dan stay dekat hotel sehari dua. haha! Thank you guys sebab dropping by. See you guys again dalam artikel akan datang! 

2 ulasan:

  1. Tak pernah lagi guna Traveloka. Tapi macam menarik jugak. Maybe next time boleh try. Thank you for sharing this! :)

    BalasPadam

Pages