Breaking News

Malaysia Social Media Week 2018 lebih menarik dan padat dengan informasi

Malaysia Social Media Week 2018 lebih menarik dan padat dengan informasi | Malaysia Social Media Week atau dengan nama pendeknya MSMW kembali lagi untuk tahun 2018. Seperti biasa, MSMW dimeriahkan dengan Summit dan beberapa Workshop yang cukup padat dengan informasi dimana mereka yang menghadirinya dapat belajar dan mengetahui lebih lanjut tentang isu isu semasa berkaitan sosial media. 


MSMW untuk kali ini dibuat pada 4 hingga 6 Julai 2018 bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC). To be honest, MITEC adalah lokasi yang paling best untuk program ini sebab ianya sangat besar dan luas. Nak buat konsert pon boleh tau kat sini. Korang boleh search jer pasal MITEC dekat google confirm akan ada beberapa artikel berkaitan dengan tempat ini.

Summit dan Workshop yang penuh dengan pelbagai informasi

Untuk pengetahuan semua, ramai speakers dijemput hadir ke MSMW 2018 untuk berkongsi maklumat dan ilmu mereka. Antara speaker yang hadir adalah Kendrik Ng, Bosco Lim, Andrew Chan, Sophie Bell, Marcus Teoh dan ramai lagi. 


Aktiviti yang menarik perhatian aku adalah Workshop yang dianjurkan oleh MSMW 2018. Dalam workshop yang diadakan ini peserta dapat memperolehi banyak ilmu dan mereka juga akan lebih fokus terhadap maklumat yang disampaikan kerana ianya dilakukan dalam crowd yang lebih kecil. 


Salah satu workshop yang menjadi tumpuan ramai adalah zero budget facebook marketing oleh Marcus Teoh. Dalam workshop tersebut, Marcus Teoh berkongsi rahsia beliau melakukan marketing yang effective. Antara topik topik workshop yang dikongsikan oleh speaker lain sepanjang MSMW 2018 berlangsung adalah blogging for living, ways to use social media data to make your marketing smarter, secret to video marketing dan banyak lagi.


Menteri Belia & Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga turut bersama dalam Summit untuk tahun ini dan beliau berkongsi pelbagai informasi yang cukup berguna dengan peserta yang hadir pada hari tersebut. Aku rasa kehadiran beliau di Majlis seperti ini akan memberikan kesan yang cukup positif untuk rakyat malaysia khususnya generasi muda. 

Apa yang aku boleh conclude, MSMW 2018 ini adalah satu acara tahunan yang perlu diteruskan kerana ia dapat membantu penggiat social media untuk berjaya dalam bidang masing masing dan pada masa yang sama memberi kesedaran kepada anak anak muda masa kini bahawa social media ini bukan hanya platform yang boleh digunakan oleh berinteraksi dengan kawan kawan sahaja sahaja malah ianya juga boleh digunakan untuk memajukan diri dan perniagaan jika kita bijak mengendalikannya.

Tiada ulasan