5 tips mudah untuk mulakan diet - Blog Luqman Zakaria

5 tips mudah untuk mulakan diet

Share This
5 tips mudah untuk mulakan diet | Dah lama rasanya tak mengarang dekat blog. Last update rasanya sebelum balik kampung untuk raya. Everytime balik kampung tak kiralah untuk raya atau pon tak berat badan mesti naik mendadak. Seriously memang tak boleh nak control makan bila dekat rumah sendiri especially hari rayalah kan. Fyi! berat badan aku naik sampai 5kg after raya. Menangis dibucu katil bila tengok penimbang tapi apa nak buat salah diri sendiri kan. 

By the way, alang alang bercerita pasal diet ini, aku nak share beberapa tips untuk mulakan diet dengan korang semua and i really hope that apa yang aku kongsikan ini dapat membantu korang semua untuk mulakan diet dan capai berat ideal yang korang idamkan. gituh!


1. Set your weight loss goals / tetapkan penurunan berat badan 

Benda pertama yang aku buat sebelum tentukan berapa kg/lb aku nak hilangkan, aku akan buat pengiraan BMI dulu untuk check samada aku ini underweight, normal, overweight atau pon obese. Dari pengiraan BMI inilah baru aku tahu berapa kg aku perlu buang. Aku tak simply letak goals contohnya aku nak berat badan aku 60kg atau 58kg sebab setiap orang BMI masing masing berbeza, mungkin untuk korang berat 60kg tuh sesuai dengan ketinggian korang tapi untuk aku 60kg tak sesuai sebab ketinggian aku berbeza dengan korang. gituhlah kekdahnya. 

2. Diet is a lifestyle / Diet adalah gaya hidup

Apa yang aku perasan kan ramai yang bila dah start diet nih dorang nak instant result contohnya hari ini start diet esok lusa terus give up sebab tak ada progress langsung. Allahuu janganlah macam tuh guys. Korang nak jadi gemuk pon ambil masa bertahun kot takkan la dalam seminggu dua terus kurus. Dan ada jugak yang diet dan dah kurus pon tapi stop diet right away. Tak lama lepas tuh gemuk balik. 

Diet ini sebenarnya lifestyle yang korang perlu teruskan. Cuma bila korang dah mencapai berat ideal, pemakanan tak perlu strict macam awal awal diet dulu. Korang boleh dah start makan makanan lain yang korang nak tapi still control dari segi portion contohnya. 

3.  Exercise is a must / Senaman itu wajib

As mentioned earlier, ramai yang inginkan result yang instant but of course mustahil tapi setiap masalah tuh mesti ada jalan penyelesaiannya kan. As for diet ini, korang kena always ingat yang kalau diet tuh jangan diet makanan sahaja, korang kena juga buat senaman sebab ianya dapat membantu mempercepatkan penurunan berat badan dan at the same time boleh buat badan lebih pejal dan mengurangkan masalah kulit kendur. 

4. Keep yourself motivated / sentiasa pastikan diri anda bermotivasi

Sebelum mulakan diet, aku juga akan pastikan ada something yang boleh aku tengok balik bila aku "down" demi memastikan diri aku sentiasa bermotivasi untuk meneruskan diet dan tak berhenti separuh jalan sahaja sebab rugilah kalau kita dah start for a couple of weeks lepas tuh give up kan. Apa yang aku buat adalah tengok gambar gambar orang yang kurus, tengok video dan gambar transformasi orang yang gemuk jadi kurus, join group di facebook yang boleh support each other untuk diet dan lain lain.

5.  Don't wait! Just do it / Jangan tunggu! Buat sahaja

Suka tangguh! terjadi dekat semua orang aku rasa. Kalu tanya nak diet bila? esoklah atau minggu depanlah atau awal bulan nanti la. selalu macam tuh kan. Aku dulu pon pernah jer jadi dekat diri sendiri tapi bila fikir balik, kalau asyik tangguh jer makin lambat la proses berat badan nak turun. sebab apa? sebab kalau asyik tangguh, berat badan pon makin bertambah. of course la nak capai berat ideal akan memakan masa yang lama sampai bertahun tahun diet pon x capai lagi. betul tak? Jadi, kesimpulannya, jangan tangguh! Kalau masa tuh dah fikir nak diet, buat je terus jangan bagi alasan ok? naah gituh!

Dah cukup pon 5 tips untuk mulakan diet! Aku apply tips ini untuk diri sendiri dan alhamdulillah masih lagi struggle so hard untuk kurangkan berat badan. Belum capai berat ideal lagi guys. Bak kata orang putih, long way to go lagi. haha. 

5 ulasan:

  1. kadang tu suka sangat tangguh lepastu menyesal hahaha

    BalasPadam
  2. hehehe banyak kali cubaaa da tapi asyik kecundang =P

    BalasPadam
  3. baik wak. kita cuba mula lepas ada kesedaran. eh hahaa

    BalasPadam
  4. in shaa Allah :)
    mulakan diet ni memang susah! diakui :(
    tapi, once dah start, momentum dah ada, lebih senang...

    BalasPadam

Pages