Breaking News

Pameran Ice Age Alive Kuala Lumpur di Malaysia Tourism Centre (MaTiC)

Pameran Ice Age Alive Kuala Lumpur di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) | Sekarang ini kalau korang perasan banyak sangat tempat yang membuat pameran mengenai dinosour bagi menarik minat orang ramai untuk mempelajari tentang haiwan haiwan zaman prasejarah dengan lebih mendalam. 


Creative Alliance Crew juga tidak melepaskan peluang ini untuk menganjurkan satu pameran tentang haiwan haiwan prasejarah di zaman ais (Ice Age) dimana bagi aku ianya cukup menarik kerana sebelum ini aku hanya didedahkan dengan dunia dinasour sahaja tetapi di pameran ini aku dapat mengenali haiwan haiwan prasejarah di zaman yang berbeza seperti Giant Wooly Mammoths, Saber-Toothed Tigers dan lain lain lagi.


Korang pernah tonton filem Ice Age tak? Kalau pernah tengok mesti korang akan familiar dengan haiwan haiwan yang dipamerkan disini sebab haiwan yang ada dalam filem tersebut semuanya dari era atau zaman yang sama which is Ice Age era!


Apa yang menarik, setiap haiwan dilengkapi dengan teknologi sensor dimana setiap daripadanya akan bergerak sekiranya ada sesorang mendekati mereka. Ianya pasti akan menjadikan pengalaman korang bersama keluarga dan kawan kawan lebih menyeronokkan. 


Bukan itu jer, di pameran ini juga disediakan pelbagai aktiviti aktiviti menarik untuk dicuba seperti ice skating, jumping castles, fossils digging & Ice Age crafts dan banyak lagi. Harga tiket untuk masuk ke pameran ini adalah RM29.50 untuk dewasa, RM19.50 untuk kanak kanak dan RM85 untuk pakej keluarga (2 Dewasa dan 2 kanak kanak). Dibuka setiap hari kecuali isnin bermula jam 10 pagi - 7 petang sehingga hujung bulan december 2018.

Diskaun separuh harga untuk bulan ramadhan

Istimewa untuk bulan ramadhan, diskaun sebanyak 50% akan diberikan kepada mereka yang ingin hadir ke pameran ini. Pada bulan ramadhan, Ice Age Alive KL Exhibition akan buka bermula jam 1 tengahari hingga 10 malam.


Korang boleh dapatkan tiket di kaunter mereka yang terletak di tempat pameran atau boleh beli secara online di laman sesawang www.iceagealive.com. Selamat mengembara di zaman ais! 

Ice Age Alive KL Exhibition
Pusat Pelancongan Malaysia
Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia

Instagram

4 ulasan:

  1. anak2 akk pergi hari tu masa time masuk percuma...mmg diaorang enjoy gila kat situ..esp yg ice skating tu..tiba2 rasa nak tgk balik filem ice age katanya hehehehe...berbaloi pergi

    BalasPadam
  2. Pernah tengok dulu dulu pameran dinosaur ni. Tak silap dekat Pusat Sains Negara. Menarik juga la nak mempelajari spesis dinosaur ni. Dinosaur yang dikenali Trex, Brontosaurus. Itu je la kot. Hehe....

    BalasPadam
  3. menariknya dik, memang nak kena jengah jugak pameran ni dan mujur dibuka sampai hujung tahun dan harap2 dapat la ke sini nanti.

    BalasPadam
  4. wah menarik ni, tak lama lagi cuti sekolah boleh bawa anak anak datang ke sini.. macam menarik pula tengok binatang liar zaman ice ageeeeeeeeee

    BalasPadam