Breaking News

Nikmati Juadah Kampung di Restoren Kontiki | Hotel Federal Kuala Lumpur

Nikmati Juadah Kampung di Restoren Kontiki | Hotel Federal Kuala Lumpur | Pada 25 Mei yang lepas aku ke Restoren Kontiki yang terletak di Hotel Federal Kuala Lumpur untuk berbuka puasa bersama kawan kawan dan pada masa yang sama meraikan anak anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari.


Lebih 100 juadah berbuka puasa di Restoren Kontiki Hotel Federal Kuala Lumpur

Untuk bulan ramadhan pada tahun ini restoren kontiki menyediakan lebih 100 jenis juadah kampung yang cukup menyelerakan. Pembuka selera yang dihidangkan sememangnya membuatkan aku tak sabar untuk berbuka puasa. Antara juadah pembuka selera yang ada disini adalah pulut kuning dengan serunding, tempe goreng pedas, tauhu sumbat, kerabu daging dan macam macam lagi.


Restoren Kontiki juga menyediakan gerai gerai yang menyajikan sup campur, sup gearbox, lok lok, murtabak dengan kari ayam, nasi bukhari, kambing dan ayam dengan roti lebanese/roti pita, kontiki's tarik dan juga ice cream. Di bahagian "BBQ Cylinder Station" pula dihidangkan satay, kepak ayam,  taufu bakar, sotong, ketam, udang dan lain lain lagi.


Menariknya di restoren kontiki ini, ada beberapa hidangan yang disediakan adalah merupakan masakan kegemaran Perdana Menteri pertama Malaysia, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj seperti ayam masak kuning, ikan patin masak tempoyak pucuk paku, daging kicap dan kacang pis, ikan goreng serai dan bermacam macam lagi untuk dicuba oleh tetamu yang hadir.

Antara yang menjadi perhatian di mana mana buffet ramadhan semestinya pencuci mulut. Kalau korang nak tahu, dekat sini ada lebih kurang 20 jenis kuih mueh melayu disediakan. Selain itu, tetamu juga boleh mencuba dodol kampung, wajid kampung, pudding buah, pastries, bubur, bubur buah, 4 jenis kek, 3 jenis tart jelly, mouses dan juga buah buahan tempatan.


Berbaloi datang berbuka puasa kat sini sebab macam macam ada. tak puas rasanya hari tuh! Kitorang stay sampai buffet dah nak tutup. Berapa kali entah aku repeat makan.hehe. Jadi, kalau berminat nak berbuka puasa kat sini korang boleh contact nombor yang aku kongsikan dekat bawah ini untuk buat tempahan.


Juadah Kampung Buffet Dinner di Hotel Federal Kuala Lumpur
35, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur

Harga
RM138nett Dewasa
RM69nett Warga Emas
RM35nett Kanak Kanak

Telefon
+60321480468

Fax
+60321482877

Email
reservations@federal.com.my

Website

Tiada ulasan