Baju raya berkonsepkan sari yang moden dan eksklusif dari Butik Mawarred

Baju raya berkonsepkan sari yang moden dan eksklusif dari Butik Mawarred | Memiliki baju raya yang cantik dan berbeza dengan orang lain semestinya menjadi idaman ramai wanita tetapi sekiranya kita membeli busana raya diluar sana kebarangkalian untuk membeli baju raya yang sama dengan orang lain sangat tinggi. Memakai pakaian yang sama dengan orang lain sudah tentu akan menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah wanita. betul tak?


Tapi sekarang ini korang dah tak perlu risau lagi sebab dengan adanya Mawarred, impian korang untuk memiliki busana raya yang cantik dan berbeza dapat dipenuhi. Aku sempat ke butik mereka yang terletak di Plaza Azalea, Shah Alam dan melihat sendiri 14 koleksi yang dikeluarkan oleh mereka. Pada pendapat aku, koleksi raya Mawarred pada tahun 2018 bukan sahaja cantik dan berbeza malah ianya sangat moden dan eksklusif untuk digayakan pada hari lebaran kali ini.


Koleksi Raya Mawarred kali ini berkonsepkan sari

Konsep Mawarred pada tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya. Peralihan dari organza kepada sari adalah satu perubahan yang sangat sangat ketara tetapi mereka cukup yakin dengan konsep sari ini kerana ianya sangat berlainan dengan koleksi yang sedia ada diluar sana. 


Untuk pengetahuan semua, fabrik sari yang digunakan oleh mereka diimport dari negara India dan dijahit oleh tukang jahit dari Malaysia sendiri bagi memastikan kualiti jahitan yang terbaik untuk dijual kepada pelanggan mereka. Menariknya juga, Mawarred memilih nama nama pencuci mulut dari india untuk setiap koleksi raya kali ini. Antaranya adalah Black Gold Panupuri, Maroon Malpua, Pink Chole dan lain lain lagi.

Sequin Paneer Blue & Sequin Paneer Burgandy

 Rose Burfi Blue & Rose Burfi Pink

 Black Gold Panipuri & Olive Gold Panipuri

 Blue Chole & Pink Chole

Maroon Malpua & Peach Chutney

Kesemua koleksi Mawarred mempunyai design yang sangat cantik dan moden kan. Selebriti Malaysia seperti Fathia latiff, Adriana Adnan dan Yaya Zahir juga pernah menggayakan busana mereka sebelum ini. Menurut mereka, 3 dari koleksi untuk raya 2018 telah pon habis dijual dan kini hanya tinggal 11 koleksi sahaja untuk direbut. Pengeluaran bagi setiap design sangat terhad tau! 

Jadi sekiranya korang berminat untuk mendapatkan busana raya dari Mawarred ini, boleh terus menghubungi mereka di facebook page atau instagram Mawarred dengan segera. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk info info seperti yang tertera dibawah ini.

Butik Mawarred 
No.10-08, Tingkat 10,
Plaza Azalea, Seksyen 14,
43000 Shah Alam,
Selangor

Facebook
Instagram
Terbaru Lebih lama