Ambassador Putrajaya menawarkan buffet ramadhan yang murah dan sedap - Blog Luqman Zakaria

Ambassador Putrajaya menawarkan buffet ramadhan yang murah dan sedap

Share This
Ambassador Putrajaya menawarkan buffet ramadhan yang murah dan sedap | Sekiranya korang sedang mencari buffet ramadhan yang menawarkan harga murah di sekitar Putrajaya dan pada masa yang sama sedap untuk dinikmati, Ambassador Putrajaya adalah salah satu lokasi berbuka puasa yang wajib dikunjungi.


Buffet Ramadhan Warisan Bonda di Ambassador Putrajaya

Buffet ramadhan yang berkonsepkan warisan bonda ini pasti akan menjadi tumpuan orang ramai kerana mereka menyediakan pelbagai jenis menu masakan tradisional melayu yang sedap dan menepati citarasa orang melayu kita.


Antara menu utama yang bakal dinikmati oleh pengunjung adalah sambal udang petaidaging gulai kawah, ayam goreng berempah,  lemon chicken butterdaging salai mangga muda masak lemak cili padi, ikan dori sweet soursambal sotong dan lain lain lagi.


Bagi memeriahkan lagi buffet ramadhan yang berkonsepkan warisan bonda ini, Ambassador Putrajaya membuka beberapa gerai dibahagian luar bangunan seperti gerai western, gerai penang, gerai goreng goreng cik lyn, gerai ABC, gerai mee, gerai pencuci mulut, gerai bubur, gerai kampung dan gerai air balang


Setiap gerai yang dibuka menyajikan banyak makanan yang cukup menyelerakan. Antaranya adalah kambing golek, chicken wing, char kueh teow, beberapa jenis cucur seperti cucur udang/bilis/jagung, keropok, goreng pisangair batu campur, mee sup, mee kari, kerabu mangga, ulam ulaman dan macam macam lagi.


Untuk melengkapkan lagi menu buffet ramadhan, mereka meyediakan beberapa jenis pencuci mulut seperti cream caramel, cake slice, kuih kukus tradisional, buah buahan dan air balang (sirap selasih, air jagung & lai chee kang) untuk tetamu yang hadir. 


Harga Buffet Ramadhan Warisan Bonda di Ambassador Putrajaya

Mesti korang tertanya tanya berapa harga buffet ramadhan di Ambassador Putrajaya ini kan. Untuk pengetahuan semua pembaca blog luqman zakaria, Harga yang dikenakan bagi mereka yang ingin berbuka puasa disini adalah RM68nett Dewasa dan RM38nett Kanak Kanak. Pada pendapat aku ianya sangat murah dan kualiti makanan juga cukup memuaskan. Personally, aku suka daging golek dan daging gulai kawah yang mereka sediakan. 

Sekiranya korang ingin membuat tempahan, boleh rujuk info info yang aku sertakan dekat bawah ini yer. Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada semua yang membaca entry ini.

Buffet Ramadhan Warisan Bonda
Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya

Harga
RM68nett Dewasa
RM38nett Kanak Kanak

Harga Istimewa
RM580 1x Table (10pax)

Sebarang pertanyaan dan tempahan
Fazlin - 0172345297
Farah - 0166700457
Liana - 0164318434
Hanis - 0166700752
Hizwan - 0166700471
Office - 0166700473

Website
Facebook
Instagram

1 ulasan:

  1. Cantiklah Ambassador Putrajaya ni. Bella tak pernah tahu pasal tempat ni sebelum ni. Dekat juga dengan tempat Bella kat Kajang ni. Offer RM58 per person kalau dapat 10 orang satu table tu memang best. Boleh lah ajak satu family sekali ke sini.

    BalasPadam

Pages