Breaking News

6 cara mudah untuk membayar zakat melalui PPZ-MAIWP

6 cara mudah untuk membayar zakat melalui PPZ-WAIMP | Pengumuman puasa untuk tahun 2018 telah pon dilakukan semalam. Salah satu benda yang bermain dalam fikiran aku bila tibanya bulan ramadhan adalah zakat. Ada beberapa jenis zakat yang boleh ditunaikan iaitu zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat emas, zakat KWSP, zakat saham, qadha zakat dan yang terakhir sekali adalah zakat fitrah. Untuk pengetahuan semua, zakat fitrah sebanyak RM7 ini boleh dilakukan di mana mana  kaunter cawangan PPZ WAIWP.


6 Cara mudah untuk membayar zakat di bulan ramadhan 

Bercakap tentang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ WAIWP) baru aku teringat yang mereka sebenarnya ada menyediakan perkhidmatan pengutipan zakat yang sangat memudahkan semua orang di bulan ramadhan yang mulia ini. 

11 Kaunter zakat PPZ-WAIMP

PPZ-MAIWP menyediakan 11 kaunter dibeberapa lokasi bagi memudahkan semua orang membuat pembayaran. Ianya dibuka bermula jam 815 pagi hingga jam 430 ptg setiap hari termasuk hari cuti umum. Dibawah ini aku senaraikan kesemua lokasi kaunter untuk rujukan korang semua.
  • Dataran Shamelin Perkasa (HQ PPZ-WAIMP)
  • Plaza Rah Kampung Baru
  • Masjid Negara
  • KLSC Wangsa Maju
  • UTC Pudu Sentral
  • Presint 9 Putrajaya
  • Presint 15 Diplomatik Putrajaya
  • Masjid Al-Iman Al-Ghazali Kepong
  • Anjung Niaga Masjid At Taqwa TTDI
  • Masjid Abdul Rahman Bin Auf Jalan Puchong
  • Labuan Times Square

Portal PPZ-WAIMP

Korang boleh membuat pembayaran zakat melalui portal PPZ-WAIMP. Ianya sangat mudah kerana mereka menyediakan kalkulator zakat dimana korang boleh membuat pengiraan zakat dengan lebih cepat dan seterusnya bayaran boleh dibuat secara online menerusi FPX.

Perbankan Internet

Boleh dikatakan semua orang mempunyai kemudahan internet tak kira dimana sahaja mereka berada. Jadi, PPZ-WAIMP melantik 14 bank sebagai agen untuk memudahkan pembayaran zakat.  Semuanya dihujung jari sahaja!

Skim TOHIR (Skim potongan gaji zakat)

Dapatkan borang O52 menerusi portal PPZ-WAIMP, pihak majikan atau di mana mana 11 Kaunter PPZ-MAIWP. Seterusnya , kira zakat, isikan jumlah zakat yang ingin ditambah dan selepas selesai, hantar borang tersebut kepada PPZ-WAIMP (di mana mana 11 Kaunter PPZ-MAIWP) atau serahkan sahaja kepada majikan.

Autodebit Maybank

Pembayaran zakat juga boleh dibuat dengan Autodebit Maybank. Borang untuk Autodebit Maybank boleh didapati di mana mana 11 kaunter PPZ-WAIMP yang aku senaraikan diatas. Kalau nak dapatkan penerangan mengenai pembayaran Autodebit Maybank ini korang boleh hubungi PPZ-WAIMP ditalian 1 300 88 5757 atau tanya sahaja mereka di mana mana 11 kaunter PPZ-WAIMP yer.

Bayaran zakat menerusi MYEG

Layari www.myeg.com.my untuk membuat pembayaran.


Memang tidak dinafikan yang PPZ-WAIMP cuba sedaya upaya untuk memberi kemudahan kepada mereka yang ingin membayar zakat dan mereka juga memberi perkhidmatan istimewa kepada yang membuat pembayaran melalui Kaunter PPZ-WAIMP yang disediakan. Antaranya adalah :

Perkhidmatan Istimewa di 11 Kaunter PPZ-WAIMP

  • Taksiran zakat
  • Mesin timbangan emas bagi kiraan zakat emas
  • Pembayar zakat boleh menyemak rekod zakat tanpa mengira tahun bayaran
  • Khidmat nasihat berkaitan zakat
  • Pembayar zakat boleh mendapatkan salinan pembayaran yang telah dibuat
  • Pembayaran zakat boleh dibuat  secara tunai, cek, kad kredit, dan kad perbankan Islam.
  • Mesin mengira wang bagi membolehkan pengiraan wang dilakukan dengan telus
Yang paling menarik, cenderahati istimewa seperti produk asnaf disediakan untuk mereka yang membayar zakat di kesemua saluran bayaran zakat diatas. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh menghubungi mereka ditalian zakat PPZ-WAIMP 1 300 88 5757. Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak semua!

Laman sesawang
Facebook
Instagram

24 ulasan:

  1. Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam! Semoga Ramadhan Kali Ini Memberikan Seribu Satu Keberkatan Buat Kita Semua..

    Jangan dilupakan zakat ya!

    BalasPadam
  2. Berzakat di bln Ramadan, besar ganjaran dari biasa 😉

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang cukup bermanfaat. Berzakat di bulan ibadah ini ganjaran pahalanya amat besar, andaikata cukup syaratnya segeralah menunaikan zakat.

    BalasPadam
  4. Rezeki harus dikongsi bersama. Peluang berzakat adalah peluang yang sangat bernilai pada bulan yang mulia ini. Rebut lah peluang berzakat dengan ganjaran pahala dari Allah.

    BalasPadam
  5. Berzakat dgn ppz maiwp terbaik sbb mereka adalah agensi yang dipercayai.

    BalasPadam
  6. With so many convenient channels to bayar zakat during Ramadan, there is really no reason or excuse not to do so, right? Will definitely inform my Muslim friends.

    BalasPadam
  7. tak ada alasan tak membayar zakat..zaman teknologi ni semua di hujung jari je..kalau kaunter utk bayar zakat tu, di bazar Ramadhan pun pernah nampak..senang..otw nak beli juadah berbuka, singgah kejap kat kaunter untuk menunaikan tanggungjawab.

    BalasPadam
  8. Zakat tu wajib. Alhamdulillah , pelbagai cara ada memudahkan kita untuk melaksanakan tuntutan DIA. Tiada lagi alasan untuk elak bayar zakat. Rugi tak rebut peluang ganjaran ini.
    #KongsiRezeki

    BalasPadam
  9. alhamdulillah PPZ memang memudahkan ramai umat Islam menunaikan zakat

    BalasPadam
  10. Sekarang semuanya senang aje kan..semua di hujung jari je..akak plak selalunya bayar kat kaunter kat KL sentral ni je..senang..terima kasih Luke atas perkongsian..

    BalasPadam
  11. wow mudahnya berzakat macam ni. takde la last minit baru nak bayar zakat kan?> semua dah bayar zakat ke? ehehehe

    BalasPadam
  12. Mudahnya sekarang membayar zakat. Berzakat dengan agensi seperti MAIWP supaya sumbangan zakat tu disalurkan ke tempat yang sepatutnya. Sekarang ni dah mudah. Jangan buat alasan untuk tidak membayar zakat.

    BalasPadam
  13. Thanks Luq sebab share info yang sangat berguna nie. Takde aalasan untuk tidak membayar zakat kan. Dah banyak kemudahan dah tu. Heheh. Luq dah bayar?

    BalasPadam
  14. Dengan banyak platform dan cara untuk membayar zakat ni, takde sebab lah untuk rakyat Muslim negara ni mengelak dari membayar zakat. Bukan sahaja memudahkan orang ramai untuk membayar zakat tapi kita juga tak perlu risau kerana ia salur terus ke agensi yg diiktiraf.

    BalasPadam
  15. done follow blog Luqman ni.
    wilayah ni bagus. antara yg aktif kot.
    buka mcm2 kemudahan utk pembayar zakat.

    BalasPadam
  16. Baru tahu banyak rupanya kaedah utk membayar zakat. Ingatkan kat masjid2 je. Maklumlah, xprnh bayar lg. InsyaAllah tahun nie dah layak bayar utk diri sndri.

    BalasPadam
  17. Wah nasib baik ada peringatan tentang bayar zakat! Yaya kena ingatkan hb balik dah bayar zakat ke belum ni hihihi Thanks sharing :)

    BalasPadam
  18. Now it get easy to pay for Zakat. No more traditional way whereby you need to go Through counter. More option offer to pay Zakat and it safe too. Will share this article to my friends.

    BalasPadam
  19. Emi pun belum bayar lagi zakat tahun ni. baru last 2 days kawan emi remind emi. Hehe, inshaAllah nak setelkan cepat2 sebab takut lupa pulak.

    BalasPadam
  20. Sekarang ni semuanya mudah kan. Pembayaran zakat pun boleh dibuat secara online . Kita wajib menunaikan zakat . Tahun ni belum lagi kena cepat.

    BalasPadam
  21. Oh wow! thanks for the information i will share it with my muslim colleagues.

    BalasPadam
  22. Dah buat akim tohir sejak last year. Mudah sikit hidup, tak perlu fikir zakat pendapatan. Untuk claim income tax pun mudah, ambil statement je.

    Alamak, zakat fitrah belum bayar lagi.

    BalasPadam
  23. Lani mcm2 cara boleh bayar zakat kan..xdak alasan lagi utk tak bayar zakat kan...

    BalasPadam