Sihat dan Kurus dengan Sista Stardust Fib're Rose

Sihat dan Kurus dengan Sista Stardust Fib're Rose | Menjaga tubuh badan untuk sentiasa berada dalam keadaan yang sihat adalah salah satu tanggungjawab yang perlu titikberatkan kerana ianya sangat penting untuk kita meneruskan kehidupan seharian dengan lebih sempurna. Dalam entry kali ini, aku ingin berkongsi dengan korang semua tentang satu produk makanan tambahan keluaran Sista Stardust yang dapat membantu tubuh badan kita menjadi lebih sihat dan pada masa yang sama mampu mengawal dan menurunkan berat badan.


Sista Stardust Fib're Rose

Sista Stardust mengeluarkan tiga jenis makanan tambahan yang berasaskan daripada campuran bahan botani semulajadi iaitu Berries Rose, Colla Rose dan yang aku sedang cuba sekarang ini adalah fib're rose. Produk ini mengandungi ramuan yang sangat istimewa iaitu estrak kelopak rose dimana ianya adalah ramuan berpaten No. 3818483.
Estrak kelopak ros ini merupakan simbol kecantikan semulajadi. Ianya berfungsi sebagai agen kecantikan yang menggunakan 100% nutrient kecantikan kulit semulajadi yang mengandungi nutrisi kecantikan yang akan diserap melalui daran sehingga 60 trilion sel. Bahan aktif yang terkandung dalam estrak kelopak ros terbukti secara klinikal di Jepun untuk menunjukkan kesan anti penuaian yang kuat. Ianya telah menarik banyak perhatian industri kosmetik kerana kesan astringen yang mampu mengekalkan kulit putih jernih - www.sistastardust.com

Sista Stardust Fib're Rose mengandungi buah buahan dan sayur sayuran yang sangat bagus untuk kesihatan. Bagi mereka diluar sana yang tidak menggemari sayur seperti aku, produk ini adalah salah satu alternatif yang boleh dicuba kerana sayur adalah salah satu makanan yang perlu diambil untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Terdapat banyak kelebihan lain yang boleh dinikmati oleh pengguna sekiranya mengamalkan produk keluaran Sista Stardust. Antaranya adalah :


Kelebihan dan kebaikan mengamalkan Sista Stardust Fib're Rose

  • Meningkatkan metabolisme tubuh badan
  • Membantu sistem pencernaan dan sembelit 
  • Membuang toksin dari badan
  • Mengawal selera makan
  • Badan akan lebih ringan dan bertenaga
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Membanu menyihatkan badan
  • Mengandungi antioksida yang tinggi
  • Mengempiskan perut


Untuk pengetahuan semua pembaca blog Luqman Zakaria, Produk keluaran Sista Stardust mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan ianya juga mematuhi piawaian dari kilang GMP


Cara penyediaan Sista Stardust Fib're Rose

Cara penyediaan produk ini sangat mudah dan ianya boleh dilakukan dimana sahaja korang berada. Apa yang perlu korang sediakan adalah 150ml air suam dan satu sachet Sista Stardust Fib're Rose. Campurkan kedua dua bahan ini ke dalam shaker, goncang hingga sebati dan minum dengan kadar segera. 


Pengalaman menggunakan Sista Stardust Fib're Rose

Aku baru sahaja mendapatkan produk ini pada awal bulan april dan berpeluang untuk consume betul betul produk ini dalam seminggu yang lepas. Aku sebenarnya agak berpuas hati dengan keberkesanan produk ini sebab ianya memang membantu proses pencernaan dan sembelit. Sebelum menggunakan Sista Stardust, aku mengamalkan diet dan sehingga sekarang pon masih melakukannya tetapi masalahnya aku tidak mengambil sayur sayuran dimana ianya membuatkan aku menghadapi masalah pencernaan. Sepanjang menggunakan Fib're Rose masalah pencernaan aku berkurangan dan pada masa yang sama ia dapat mengawal berat badan aku. Sepanjang bulan  ini aku mendapat beberapa jemputan untuk ke preview buffet ramadhan dan aku langsung tidak menjaga diet tetapi alhamdulillah berat badan aku masih berada di tahap yang sama. 

Pada pendapat aku dengan mengamalkan produk ini secara konsisten, berat badan akan dapat dikawal dan dikurangkan tetapi apa yang perlu dilakukan selain menggunakan produk ini, kita seharusnya menjaga pemakanan dan jangan lupa untuk melakukan aktiviti fizikal bagi mendapatkan kesan yang lebih baik.


Harga Sista Stardust Fib're Rose dan cara untuk mendapatkannya

Harga  untuk satu kotak Sista Stardust Fib're Rose adalah RM150. Harga yang dikenakan sangat berpatutan kerana ianya didatangkan dengan 60 sachet yang boleh digunakan selama dua bulan. Penggunaannya adalah sehari sekali sahaja. Korang juga akan dapat 1 shaker percuma untuk digunakan bersama produk ini.


Sekiranya korang berminat untuk mendapat Sista Stardust Fib're Rose yang terbukti keberkesanannya ini, korang boleh hubungi mereka di 0389645759 / 01116110369 atau layari laman sesawang mereka seperti yang tertera. Ada pelbagai info tentang produk ini dan juga produk produk lain yang mungkin akan menarik minat korang untuk mencubanya. 

Alamat
No. 8, Jalan Balakong 6,
Taman Perindustrian Balakong Jaya,
43300, Balakong Jaya,
Selangor
Email
sista88stardust@gmail.com
Laman Sesawang/website
www.sistastardust.com
Facebook
www.facebook.com/sistastardust
Instagram
www.instagram.com/sistastardust_official
Terbaru Lebih lama