Menikmati hidangan berbuka puasa di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang - Blog Luqman Zakaria

Menikmati hidangan berbuka puasa di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang

Share This
Menikmati hidangan berbuka puasa di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang | Anda sedang mencari tempat berbuka puasa di bandar kuala lumpur yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dengan harga yang berpatutan? Berkunjunglah ke Sunflower Brasserie yang terletak di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang. Disini anda akan dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang lazat dengan harga sangat berpatutan. 


Buffet Aneka Selera di Restoren Sunflower Brasserie | Hotel Royale Chulan Bukit Bintang

Ayam golek bersama nasi arab
Lebih kurang 200++ jenis makanan disediakan di restoren ini sempena bulan ramadhan. Nenurut Chef Raja Kamaroszaman, mereka yang datang untuk berbuka puasa di hotel ini seharusnya mencuba hidangan "specialties" mereka dan antaranya adalah nasi arab, gulai kawah, rendang itik dan juga kambing golek.


Selain itu, anda juga perlu mencuba pembuka selera mereka yang cukup menyelerakan seperti kerabu ayam, kerabu taugeh, kerabu mangga, kerabu ulam, acar rampai, ulam ulaman tempatan, telur masin, puyuh goreng rempah, aneka pilihan keropok, ikan masin, aneka jeruk, sambal belacan,  sambal tempoyak, sambal ikan bilis, sambal cili hijau, sambal kelapa, air assam, budu, cincalok dan sambal kicap. 

Ikan patin masak lemak cili api

Daging deng deng

Udang masak lemak cili api

Nasi hujan panas

Ayam percik

Rendang itik 
Gambar diatas ini adalah antara hidangan "main course" sempena buffet aneka selera di restoren sunflower brasserie. Mereka juga membuka beberapa gerai/stall yang menghidangkan  bubuk lambuk (berserta daun sup, bawang goreng, cili kicap, limau, serunding daging dan serunding ikan), pulut kuning dan sup tulang yang boleh dimakan bersama roti benggali dan mee hoon kuning. 

Untuk pencuci mulut pula, anda akan dijamu dengan pelbagai aneka biskut raya, rempeyek, dodol, tart buah, tart cheese, cream puff, sago gula melaka, assorted french pastries, assorted puding, dan serawa durian. Bagi melengkapkan hidangan berbuka puasa, air sirap, bandung, soya, ice lemon tea, kordial mango, teh tarik, nescafe tarik  dan buah buahan seperti tembikai, nenas, betik dan lain lain juga siap terhidang untuk anda nikmati.

Buffet Aneka Selera Royale Chulan Bukit Bintang
Special Ramadhan Promotion (16 May 2018 - 20 May 2018)
RM78nett adult
RM60nett children and senior citizen
7pm - 10pm

Normal price
RM98nett adult
RM60nett children and senior citizen

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, hubungi Ms Delia Zamir di talian berikut.

Email : delia@royalechulan-bukitbintang.com
Call : 0162167480

1 ulasan:

  1. Cantik templete baru. Iklan pun aneh. Hahaha. Sedap la tgk makanan. Tp iols mesti tak larat nak rasa semua

    BalasPadam

Pages