Breaking News

UBE Catering Services menyediakan Pakej katering dan sewaan dewan

UBE Catering Services menyediakan Pakej katering dan sewaan dewan  | Servis katering yang ditubuhkan sejak dari tahun 1998 ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ramai pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka memberikan maklum balas positif melalui laman sosial seperti facebook, whatsapp dan lain lain. Anda boleh ke laman facebook mereka di UBE Catering Services untuk melihat sendiri testimoni dari pelanggan mereka.


UBE Catering Services menjadi pilihan ramai

"Hidangan lazat. Servis tip top", "Terbaik..berbaloi2..makan dengan selesa" ini adalah antara maklum balas pelanggan yang pernah menggunakan servis mereka. Untuk pengetahuan pembaca blog luqman zakaria, UBE Catering Services menyediakan lebih kurang 100 menu halal yang disahkan oleh Jakim dan Baru baru ini, aku sempat mencuba sendiri beberapa menu meraka yang cukup menyelerakan seperti Ayam Masak Madu, Dalca Sayuran, Daging Rendang Minang dan lain lain lagi.


 Pengesahan halal untuk UBE Catering Services


 Ayam Masak Madu


Daging Rendang Minang


Acar


 Nasi Biryani


 Dalca Sayuran


Papadom


 Buah Oren


Buah Tembikai

Ayam masak madu adalah antara yang menjadi kegemaran aku semasa mencuba hidangan tersebut pada hari aku berkunjung ke UBE Banquet Hall D'Nilai 3. Selain hidangan diatas, anda juga boleh menempah menu menu lain seperti Daging Gulai Kawah, Kambing Masak Kuzi, Gulai Nangka Ikan Masin, Ikan Sweet Sour, Ikan Dori 3 Rasa, Kambing Rendang, Daging kurma, Ayam Goreng Berlada, Ayam Goreng Serai, Ayam Goreng Berempah dan macam macam lagi termasuklah minuman dan pencuci mulut yang cukup menyelerakan.

Pakej katering yang menarik dari UBE Catering Services

UBE Catering Services menyediakan tiga pakej katering yang menarik dan affordable untuk mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan dan servis mereka. Tiga pakej yang dimaksudkan adalah pakej Platinum, Gold dan juga Silver.


Ketiga tiga pakej ini menawarkan harga yang sama iaitu RM20.50/pax. Apa yang berbeza adalah menu makanan yang disediakan untuk setiap pakej. Pelanggan yang membuat tempahan untuk 1500 tetamu ke atas pula akan mendapat hidangan cendol yang diberikan secara percuma! Menarik kan.

UBE Banquet Hall D'Nilai 3 

Selain servis katering, UBE Catering Services juga menyediakan banquet hall untuk disewakan kepada pelanggan mereka yang mencari tempat untuk melakukan majlis majlis seperti perkahwinan, pertunangan, pernikahan, aqiqah, graduasi, seminar, makan malam dan juga reunion


UBE banquet hall D'Nilai 3 yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan ini mampu memuatkan 2000/pax dalam satu satu masa dan pelbagai kemudahan disediakan disini untuk memberikan keselesaan kepada para tetamu seperti ruang parkir, surau, bilik persalinan pengantin (Bilik VIP), penghawa dingin, pelamin dewan, pentas dan pengawal lalu lintas/anggota rela juga bertugas untuk menjaga keselamatan tetamu yang hadir.


Dekorasi meja yang sangat cantik


mereka menggunakn kerusi chiavary untuk setiap majlis yang diadakan disini

Banquet hall mereka sangat luas dan selesa. Sewaktu berkunjung di UBE Banquet Hall D'Nilai 3 baru baru ini aku sempat masuk ke dalam dan melihat sendiri dekorasi meja, pelamin dan meja beradab yang diuruskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh pekerja UBE Catering Services. 


Pelamin


Meja Beradab

UBE Catering Services menyediakan Pakej katering bersama dewan dengan harga mampu milik

Merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada tahun ini? Ada berita baik untuk anda dari UBE Catering Services. Mereka menyediakan dua pakej katering termasuk dewan yang diberi nama Sri Tanjung dan Sri Kekwa.

Sri Tanjung (Harga promosi RM19.90pax) - Harga asal RM25.50/pax
Menu Hidangan :
  • Nasi Minyak/Nasi Hujan Panas
  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Merah Sri Rose/Ayam Madu Tiga
  • Daging Masak Kari/Gulai Kawah
  • Acar Jelatah
  • Papedom Kashmir
  • Buah Tembikai
  • Air Sirap Kampung
  • Air Mineral
Pakej termasuk :
  • SEWAAN DEWAN
  • 25 Unit Meja Bulat + Alas (Top) mengikut tema
  • 250 Unit Kerusi Chiavary
  • 2 Set Meja Buffet + Alas + Skirting
  • 1 Set Meja Tea Corner + Alas + Skirting
  • 1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
  • SET MEJA MAKANAN BERADAB/MAKANAN
  • Gubahan Bunga Artificial di Meja Makan Beradap dan Sekuntum Bunga di Setiap Meja Tetamu
  • 2 Unit Dome Berhidang
  • 12 Orang Pelayan Beruniform
  • Peralatan Katering
Sri Kekwa (Harga promosi RM23.50pax) - Harga asal RM30.50/pax
Menu Hidangan :
  • Nasi Beriani/Nasi Minyak
  • Nasi Putih
  • Ayam Goreng Serai/Beremph
  • Daging Masak Hitam/Masak Beriani
  • Dalca Sayuran
  • Acar Jelatah
  • Papadom Taj Mahal
  • Buah Tembikai + Oren
  • 2 Jenis Kuih (Manis + Pedas)
  • Bubur Kacang Hijau/Pulut Hitam
  • Teh Tarik & Kopi O
  • Air Punch
  • Air Mineral
Pakej termasuk :
  • SEWAAN DEWAN
  • 30 Unit Meja Bulat + Alas (Top) mengikut tema
  • 300 Unit Kerusi Chiavary
  • 2 Set Meja Buffet + Alas + Skirting
  • 1 Set Meja Tea Corner + Alas + Skirting
  • 1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
  • PELAMIN DEWAN (18 KAKI)
  • SET MEJA MAKANAN BERADAB/MAKANAN
  • Gubahan Bunga Artificial di Meja Makan Beradap dan Sekuntum Bunga di Setiap Meja Tetamu
  • 3 Unit Dome Berhidang
  • 13 Orang Pelayan Beruniform
  • Peralatan Katering
Dengan pakej yang disediakan ini bakal pengantin tidak perlu risau lagi tentang penyediaan dan persiapan makanan dan dewan kerana semuanya akan dikendalikan oleh UBE Catering Services. Mempunyai 20 tahun pengalaman dalam industri ini aku yakin mereka dapat menguruskannya dengan baik sekali. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan tentang servis katering dan sewaan dewan, anda boleh melayari laman facebook, instagram atau hubungi mereka di talian yang tertera seperti dibawah.

UBE Banquet Hall D'Nilai 3
Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan
Email
ubebanquethall@gmail.com
Nombor Telefon
Facebook
Instagram

2 ulasan: