Lebih cantik dan yakin dengan produk kecantikan dari 3ina Malaysia

Lebih cantik dan yakin dengan produk kecantikan dari 3ina Malaysia | Artikel untuk kali ini kita akan fokuskan kepada kaum hawa dimana topiknya adalah kecantikan. Seperti yang kita sedia maklum, wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Aku sempat mengemukakan soalan tentang kecantikan di facebook dimana soalannya berkisarkan tentang make up. Ada banyak jawapan yang aku terima dan antaranya adalah seperti dibawah.


Selain meningkatkan keyakinan diri, mereka juga memakai make up disebabkan oleh kerjaya, ada juga yang memakai make up kerana minat dan ada juga yang memakai make up untuk menghadiri majlis majlis tertentu sahaja dan pada hari hari biasa pula mereka lebih suka keluar dari rumah tanpa mengenakan sebarang make up pada wajah. Kesimpulanya, dalam situasi apa pon make up adalah barangan wajib yang wanita perlu ada. Paling tidak pon mungkin ada lipstick, foundation, loose powder dan lain lain.

3ina Malaysia melebarkan sayap mereka di Sky Avenue, Resorts World Genting 


Ada banyak jenama jenama besar diluar sana mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam bidang kosmetik kerana produk produk ini diperlukan oleh wanita di seluruh pelusuk dunia termasuklah Malaysia. 3ina Malaysia (Mee-na) juga tidak melepaskan peluang ini dengan membuka cawangan ke 4 mereka di Sky Avenue, Resorts World Genting.


3ina menawarkan pelbagai jenis barangan kosmetik yang mampu membuatkan para wanita rambang mata kerana setiap produk yang dijual disini didatangkan dengan pilihan warna yang cukup menarik perhatian. Kalau korang tak percaya, boleh tengok gambar dekat bawah ini.


Antara rangkaian produk kosmetik yang dijual di 3ina Malaysia cawangan Sky Avenue, Resorts World Genting adalah eyebrow pencil, eyeliner, eyeshadow, mascara, lip gloss, lip pencil, lip primer, lipstick, lip balm, concealer, foundation, highlighter, powder dan nail polish. Selain itu, mereka juga menjual alatan make up seperti eye brushes, face brushes, sharpener dan sponges.


Sekiranya korang adalah penggemar make up yang suka bereksperimentasi dengan warna, 3ina seharusnya menjadi salah satu make up store yang wajib dikunjungi kerana pada pendapat aku, pilihan warna yang ditawarkan oleh mereka sangat sangat banyak, cantik dan unik.

Membeli produk kecantikan 3ina secara online

Salah satu cara untuk mendapatkan produk produk ini adalah dengan membelinya di website mereka. Ianya membolehkan korang memilih dan membeli produk kegemaran korang secara atas talian dengan mudah dan cepat tanpa perlu ke kedai. https://my.3ina.com/my_en/stores


Bagi mereka yang tidak suka membeli belah secara online, korang semestinya boleh berkunjung ke cawangan mereka di Sky Avenue Mall, Resorts World Genting untuk mendapatkan produk produk kecantikan yang diinginkan. Selain Sky Avenue Mall, terdapat tiga lagi cawangan lain yang boleh dikunjungi oleh penggemar make up.

4 Cawangan 3ina di Malaysia

3ina Sky Avenue, Resorts World Genting
T2A-55B, Sky Avenue,
69000 Genting Highlands, Pahang
Malaysia

3ina Pavillion
P4.02.01 Level 4 Pavilion 168,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur 
Malaysia

3ina IOI City Mall
G-37A, Ground Floor, 
IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya,
Malaysia

3ina Sunway Pyramid
G1-71A, Ground Floor Sunway Pyramid Shopping Mall,
No. 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia
Terbaru Lebih lama