3 tempat menarik untuk dikunjungi di Resorts World Genting - Blog Luqman Zakaria

3 tempat menarik untuk dikunjungi di Resorts World Genting

Share This
3 tempat menarik untuk dikunjungi di Resorts World Genting | Cuti pertengahan penggal 1 akan bermula tidak lama lagi. Pada waktu cuti sekolah kebiasaannya ibu bapa akan mengambil peluang ini untuk menghabiskan masa bersama anak anak mereka. Dalam artikel kali ini, aku akan kongsikan dengan anda semua tentang 3 tempat menarik untuk dikunjungi di Resorts World Genting. Kenapa Genting? Aku memilih Resorts World Genting kerana tempat ini jaraknya dari Bandar Kuala Lumpur hanya mengambil lebih kurang 1 jam sahaja. Bagi ibu bapa yang bekerja dan kesuntukan masa, ini adalah tempat percutian yang sesuai untuk mereka dan anak anak.

3 tempat menarik untuk dikunjungi di Resorts World Genting

Alive Museum 

Salah satu tarikan baru yang ada di Resorts World Genting adalah Alive Museum dimana anda boleh bergambar dengan lukisan 2D dan 3D yang membuatkan seolah olah anda berada dalam lukisan tersebut. Muzium ini sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama sama sambil bergambar.

Jurassic Research Centre

Seterusnya adalah Jurassic Research Centre. Ini adalah tarikan yang paling aku suka sebab masuk sahaja ke dalam tempat ini anda seolah olah berada di zaman prasejarah dimana terdapat pelbagai jenis dinosour untuk dilihat dan sebahagian mereka boleh bergerak dan mengeluarkan bunyi contohnya Braciosaurus, Gigantoraptor, Stegosaurus dan lain lain lagi. Disini juga anda akan dapat melihat contoh fossil fossil dinosour yang cukup menarik. 

Zombie Outbreak

Last sekali adalah Zombie Outbreak! Inilah masanya untuk mencabar diri anda semua masuk ke dalam bangunan yang dipenuhi dengan zombie. Bukan setakat zombie jer, ada elemen elemen kejutan diselitkan untuk memberikan pengalaman yand tidak dapat dilupakan buat pengunjung. Aku cuba untuk mendapatkan beberapa footage tetapi keadaan didalam bangunan tersebut sangat gelap dan apa yang terakam adalah suara jeritan mereka yang ketakutan. haha.
Berikut adalah tiga tempat yang boleh dikunjungi oleh ibu bapa dan anak anak semasa cuti sekolah akan datang. Harga tiket untuk masuk ke Alive Museum, Jurassic Research Centre and Zombie Outbreak aku sertakan dibawah ini untuk rujukan semua. 

9 ulasan:

  1. best...tapi bab tempat zombi tu maybe akan excluded la kot...tak tido malam la klu ke situ...seminggu terbayang-bayang lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. luqman first first tuh memang tak rasa takut sangat. tapi bila masuk dalam tuh memang terkejut sebab dorang menyorok. kat mana mana ada zombie..haha

      Padam
  2. Dah lama ccl tak turun ke genting highlands . Sah2 dah banyak tempat-tempat menarik yg tumbuh bagai cendawan . Ketiga-tiga tempat di atas pun CCL belun pernah lgi . Salah satu tmpt yg dpt tarik pelancong

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang banyak sangat tarikan kat sana. more to come in future!hehe

      Padam
  3. harap2 ada rezeki sampai ke sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah nanti ada masa dan peluang boleh la berkunjung ke genting!

      Padam
  4. tak sangka ada banyak tempat menarik di genting.
    Janji Kita

    BalasPadam
  5. Xberkesempatan nak g lagi tau.. dh naik genting 2kali tahun ni tapi sebab pergi kejap sgt so mmg xsempat la jmp dinasour tuuuu

    BalasPadam
  6. lama betul tak naik genting ni. tak tahu pula ada benda2 macam ni. menarik juga ni. terima kasih atas perkongsian

    | blog helloaiman |
    | Tempahan Khat Kufi |

    BalasPadam

Pages