Kurus dan kekalkan berat badan dengan minuman kesihatan tanpa gula, CTFIT

Kurus dan kekalkan berat badan dengan minuman kesihatan tanpa gula, CTFIT | Ikon Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) musim ke 9, Puan Siti Aminah Borhan baru baru ini melancarkan satu produk minuman detoks untuk membantu mereka diluar sana yang mempunyai masalah berat badan. Beliau adalah seorang yang sangat teliti dalam pemilihan produk detoks dan memahami masalah kegemukan kerana beliau pernah merasainya sendiri.

Berat badan hilang sebanyak 67kg


Untuk pengetahuan pembaca blog luqman zakaria, berat asal Puan Siti Aminah atau dikenali sebagai Coach Amie adalah 127kg dan beliau berjaya menghilangkan 67kg dengan hasil usaha dan kerja keras yang sangat tinggi. Beliau menjadi inspirasi kepada ramai orang yang mencuba untuk menurunkan berat badan dan untuk membantu mereka, Coach Amie mengeluarkan produk detoks yang diberi nama CTFIT.

Majlis Pelancaran Produk detoks CTFIT

Pelancaran produk ini berlangsung di Tamu Hotel & Suites pada 14 Mac yang lepas dan aku juga berpeluang untuk ke majlis tersebut untuk memberikan sokongan kepada Coach Amie. Pengasas Cabaran Jom Kurus iaitu Kevin Zahri juga turut hadir bagi merasmikan produk detoks ini bersama Coach Amie.


Mengenai produk detoks CTFIT

Formula dan formulasi untuk produk detoks ini memakan masa selama tiga tahun untuk dihasilkan oleh Coach Amie kerana beliau inginkan produk ini menjadi yang terbaik untuk pengguna diluar sana. Produk minuman kesihatan detoks ini diformulasikan khas dari campuran buahan beri dan ianya bagus untuk penurunan berat badan dan untuk mengekalkan berat badan. CTFIT juga dapat membantu menyingkirkan toksin & lemak, membersihkan kolon dan membantu mendapatkan semula tenaga dan kecergasan.

CTFIT juga menggunakan stevia sebagai pengganti gula putih. Seperti yang kita tahu stevia adalah pemanis semulajadi yang sangat bagus digunakan untuk mereka yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti kerana stevia tidak mengandungi kalori.

Produk minuman detoks, CTFIT
CTFIT didatangkan dalam bentuk sachet dan setiap botol mempunyai 30 sachet minuman detoks dimana ianya boleh digunakan selama sebulan. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu RM179 (1 botol/30 sachet). Berita baik untuk 1000 pelanggan pertama CTFIT, anda berpeluang untuk mendapatkan T-Shirt #CTFITTEAM dan 30 video senaman percuma yang dibuat khas untuk pengguna minuman detoks ini.

Puan Siti Aminah Borhan/Coach Amie selepas mencapai berat ideal
Berminat untuk membeli dan mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan produk minuman detoks CTFIT? Anda boleh melayari laman sosial Coach Amie dan hubungi nombor telefon seperti yang tertera dibawah ini. Selamat mencuba dan semoga perjalanan anda untuk kurus dan hidup lebih sihat akan tercapai dengan jayanya. 

Instagram | Facebook | CT FIT HQ - +601320178433
Terbaru Lebih lama