Breaking News

Tempat tempat menarik di MAEPS Serdang | Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3)

Tempat tempat menarik di MAEPS Serdang | Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3) | Aktiviti untuk program RTA3 bermula dengan lawatan ke MAEPS Agrotourism Park. Aku dan beberapa rakan media yang lain bertolak dari Tamu Hotel & Suites menuju kesana dengan menaiki bas "hop on hop off". Acara flag off untuk program ini dilakukan oleh Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Encik Uzaidi Udanis bersama Group Managing Director, Dato Mohamad Khay Bin Ibrahim.
Bas Hop on Hop off
Satu pengalaman yang sangat mengujakan kerana ini adalah kali pertama aku menaiki bas hop on hop off dari bandar Kuala Lumpur hingga ke Serdang. Rombongon ini sangat meriah kerana kami diiringi oleh 2 buah caravan dan 10 buah motor berkuasa tinggi.
Bikers bersiap sedia untuk berlepas
Sampai sahaja di MAEPS Agrotourism Park, kami dihidangkan dengan buah buahan segar seperti rock melon, jambu dan juga nanas yang taja khas oleh International Tropical Fruit Network (TFNET). Aku juga sempat bermain boling kelapa yang disediakan oleh MAEPS sebelum mendengar taklimat tentang MAEPS Serdang. 

House of Kambing

Selesai sahaja taklimat ringkas dari Pegawai Ketua Operasi MARDI MAEPS Sdn Bhd, Puan Norafizah Rahman, kami semua memulakan lawatan di lokasi yang pertama iaitu House of Kambing. Disini kami semua dihidangkan dengan Daging Kambing Bakar, Sup kambing dan juga Nasi Goreng Kambing. Terdapat ladang kambing dan unta dikawasan berdekatan jadi bolehlah kami makan sambil melihat flora dan fauna yang cantik disekitar tempat ini.
House of Kambing di MAEPS Agrotourism Park
Menikmati daging dan sup kambing
Para media bergambar dengan unta

Laman Herba dan Kelulut 

Selepas itu, kami semua meneruskan lawatan ke lama herba dan kelulut dimana kami diberikan penerangan tentang spesis spesis herba dan kelulut yang ada di Malaysia. Menurut mereka..
Laman ini mempunyai gabungan lebih 150 spesies tanaman herba, ramuan dapur, bunga-bungaan dan buah buahan yang mempunyai nilai perubatan, warna warni, berbau wangi dan ditanam secara landskap untuk memberi kesan terapeautik kepada pengunjung - https://www.facebook.com/maepsserdang
Yang menariknya, kami semua diberi peluang untuk minum madu lebah kelulut ini segar dari sarangnya. 
Laman Herba dan Kelulut di MAEPS Agrotourism Park
Pegaga
Sitrus
Ladang Mini Kelulut 
Sarang lebah kelulut

Laman Padi

Selesai sahaja di Laman Herba dan Kelulut, kami singgah di Laman Padi untuk melihat galeri padi yang memperlihatkan informasi tentang spesis padi, jenis alatan dan macam macam lagi. Pemandangan padi disini juga sangat cantik. Tak cukup dengan itu, kami diberi peluang untuk mencuba Nasi Bendang yang lazat. 
Pemandangan Sawah Padi yang sangat cantik
Satu Hidangan Nasi Bendang didatangkan dengan Nasi putih, Masak Lemak Daging Salai dan Mangga Muda, Ikan Keli Berlado, Sayur Goreng, Ulam, Sambal Belacan, Telur Masin, Keropok Ikan, Tembikai dan Kordial Sirap Selasih. Satu hidangan lengkap ini berharga RM45+ Sahaja dan ianya adalah hidangan 2 hingga 3 orang makan.
Nasi Bendang

G2G Animal Garden

Selepas selesai melawat Laman Padi, kami dibawa ke G2G Animal Garden. Taman ini didiami oleh pelbagai jenis haiwan termasuklah Rakun, Arnab, Ular, Kambing, Macau Parrot, Bearded Dragon dan lain lain lagi. Kami diberi peluang untuk bermesra dengan haiwan haiwan disini dan memberi mereka makanan yang disediakan oleh G2G Animal Garden.
G2G Animal Garden
Parrot
Bearded Dragon
Sebelum lawatan di MAEPS Agrotourism Park berakhir, kami semua dihidangkan dengan makan tengahari di Techno Cafe yang terletak berdekatan dengan G2G Animal Garden. Lawatan disini sangat menyeronokkan dan kakitangan MAEPS Agrotourism semuanya memberikan kerjasama yang terbaik. Banyak informasi yang dikongsikan kepada kami para media. Satu pengalaman yang best! InsyaAllah kalau ada peluang dan masa, aku akan berkunjung kesini lagi untuk meneroka MAEPS Agrotourism Park dikawasan lain seperti Laman Nanas, Laman Florikultur, Laman Perikanan dan Juga Laman Jentera.

Layari facebook page maepsagrotourismpark dan maepsserdang untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan MAEPS Agrotourism Park yang terletak di serdang ini. Diharapkan apa yang aku share untuk artikel kali dapat membantu korang semua memilih tempat percutian yang sesuai untuk keluarga dan pada masa yang sama dapat menambah ilmu dalam Industri pelancongan berasaskan Agro.

Tiada ulasan