Taman Warisan Pertanian Putrajaya | Road To Agro Tourism Siri 3 - Blog Luqman Zakaria

Taman Warisan Pertanian Putrajaya | Road To Agro Tourism Siri 3

Share This
Taman Warisan Pertanian Putrajaya | Road To Agro Tourism Siri 3 | Salah satu tempat menarik yang berasaskan agro pelancongan untuk dikunjungi adalah Taman Warisan Pertanian yang terletak di Presint 16, Putrajaya.


Taman yang berkeluasan lebih kurang 35 hektar ini menjanjikan pengalaman yang cukup memuaskan untuk mereka yang ingin mempelajari tentang pertanian dengan lebih dekat. Pelbagai jenis pokok buah buahan yang ada disini dan antaranya adalah cempedak, jambu udara (air epal), buah sukun, delima, rambutan, pulasan, asam jawa dan juga lada.
Pengunjung bukan sahaja dapat melihat pokok buah buahan malah mereka juga berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi aktiviti pertanian yang dijalankan di taman ini. Salah satunya adalah pemprosesan dan penorehan getah. Aku sempat berkunjung ke rumah getah dan melihat plot getah yang asalnya sebahagian daripada Estet Prang Besar. Berdekatan dengan rumah getah ini, terdapat Taman Mini Kelulut yang dipenuhi dengan sarang sarang lebah.


Untuk pengetahuan pembaca arepnakbebel.com, Taman Warisan Pertanian juga menyediakan plot sawah padi kepada pengunjung untuk mempelajari tentang bagaimana padi ditaman dan dituai. Pelantar pemandangan ataupon Viewing deck dimana korang dapat melihat pemandangan yang sangat cantik juga diwujudkan untuk memberikan pengalaman yang terbaik untuk pengunjung taman ini.


Selain mewujudkan kesedaran dan minat pengunjung terhadap tanaman pertanian komersial, Taman Warisan Pertanian Putrajaya juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang tahun. Salah satunya adalah Bazaar Warisan dimana pengusaha tempatan akan berkumpul dan menjual pelbagai jenis barangan yang berasakan pertanian seperti baja, buah buahan, pasu, pokok bunga, anak pokok, pokok hiasan dan produk produk agro yang lain. Yang paling menarik perhatian aku adalah Warisan Agro Challenge dimana peserta akan diberikan tugasan berkaitan agro untuk diselesaikan. 

Melawat tempat yang cukup besar ini pastinya akan membuatkan pengunjung tercari cari tempat makan untuk mengisi perut mereka. Jangan risau kerana terdapat medan selera disini yang menjual pelbagai jenis makanan yang cukup menyelerakan. Antaranya adalah satay, laksa, nasi ayam, air kelapa dan macam macam lagi.

Taman Warisan Pertanian, Putrajaya
No.7, Jalan P16,
Presint 16,
62150, Putrajaya,
Malaysia.
Tel : +603 8888 2722
Opening Hours :
Selasa - Ahad : 8.30am - 5.30pm
Jumaat : 8.30am - 1215pm | 2.45pm - 5.30pm
Isnin : Tutup
Harga Tiket : Boleh rujuk disini www.emily2u.com *Credit to Emily for the ticket charges

2 ulasan:

Pages