Produk penjagaan kulit wajah dari AR Beauty by Divine

Produk penjagaan kulit wajah dari AR Beauty by Divine | Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca blog arepnakbebel. Dah lama rasanya tak update entry berkaitan dengan produk penjagaan kulit wajah. Untuk entry kali ini, aku nak kongsikan tentang produk penjagaan kulit wajah yang masih baru dipasaran iaitu AR Beauty by Divine
Terdapat 4 rangkaian produk dalam satu set AR Beauty by Divine. Ianya didatangkan dengan Gentle Facial Cleanser, Gentle Facial Activator, Replenishing Night Cream dan juga Nourishing Day Cream Rich SPF15. Satu set lengkap ini dijual dengan harga RM120 (tidak termasuk postage). Revitalizing Serum dalam botol biru pula dijual berasingan dengan harga RM70 (tidak termasuk postage).

Cara menggunakan rangkaian produk AR Beauty by Divine

Seperti yang aku maklumkan pada korang semua, AR Beauty ada 5 rangkaian produk termasuk serum. Jadi, sekarang aku nak kongsikan cara cara dan langkah langkah menggunakan produk ini satu persatu. Pertama sekali, kita mulakan dengan Facial Cleanser terlebih dahulu.
Menurut pengasas AR Beauty, produk ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit dan ia dikatakan boleh membantu kulit menjadi lebih lembap, licin dan juga lembut. 
Cara penggunaannya sangat mudah, apa yang perlu korang buat adalah basuh muka dengan menggunakan air suam dan facial cleanser. Kenapa air suam? ianya dapat membantu mengeluarkan kotoran yang ada di kulit wajah korang. Selepas selesai, keringkan muka dengan menekapkan muka pada tuala yang bersih. Langkah yang kedua adalah Gentle Facial activator.
Gentle Facial Activator ini digunakan untuk mengembalikan Ph kulit, mengecilkan pori pori pada wajah, mengurangkan kegatalan serta memperbaharui kulit wajah supaya kulit menjadi lembut, segar dan juga berseri. 
Cara menggunakannya? Jarakkan 5-6 inci dari wajah dan semburkan dengan sekata. Biarkan selama 1 hingga 2 minit. Selepas itu tekap muka dengan tisu untuk membuang lebihan air di muka. Langkah seterusnya adalah Revitalizing Serum.
Revitalizing Serum dari AR Beauty mengandungi peptide yang berfungsi sebagai tahap Neurokimia untuk membantu stimulasi untuk menghasilkan lapisan kulit tegang seperti kolagen dan elastin. Ia dikatakan mampu untuk menenangkan kedutan dan membaikpulih tekstur kulit, mengurangkan garis halus, memperbaharui tona kulit dan lain lain lagi
Cara penggunaannya? Sapukan sedikit serum (biasanya aku akan guna 2-3 drop sahaja) di wajah sehingga rata. Langkah ke empat adalah menggunakan Nourishing Day Cream/Replenishing Night Cream. 
Nourishing Day Cream diformulasikan khas dengan SPF15. Ia dapat membantu mengekalkan hidrasi wajah, mengekalkan kelembapan semulajadi kulit, menghalang kulit daripada sinaran UVA dan UVB serta mencerahkan kulit dan mejadikan tona kulit lebih sekata.
Cara untuk menggunakan Nourishing Day Cream adalah, korang ambil sedikit day cream, letakkan pada tangan dan gosok sahaja pada muka dengan membuat urutan dalam pergerakan bulatan dengan sekata dan pastikan korang sapu pada leher juga dari bawah sampai atas.
Disebelah malam pula, korang gunakan Replenishing Night Cream. Krim ini mengandungi bahan anti penuaian dan pengelupasan yang maju, kaya dengan Emolien, kolagen laut dan rantai amino asid. Krim malam ini dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV dan memperbaiki tisu yang rosak.
Cara penggunaannya sama seperti day cream cuma night cream ini korang kena pakai 30 minit sebelum sebelum tidur. Berikut adalah cara cara dan langkah langkah penggunaan produk dari AR Beauty by Divine. Aku sudah pon menggunakan rangkaian produk mereka selama satu minggu dan aku mendapati parut/bekas jerawat pada wajah menjadi sedikit pudar tetapi masih tidak ketara. Insyaallah dengan penggunaan yang berterusan kulit aku akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan rangkaian produk ini, korang boleh ke facebook page AR Beauty by Divine. Sekiranya korang ingin mengetahui kelebihan lain produk produk ini, korang boleh ke akaun Instagram mereka di sini - arbeautycollection
Untuk pengetahuan semua, AR Beauty by Divine juga sedang mencari agent di seluruh Malaysia. Korang boleh hubungi nombor dibawah sekiranya berminat untuk menjadi agent kepada produk mereka. Terima kasih semua kerana meluangkan masa untuk membaca artikel ini.
Contact Number
www.wasap.my/+60124774874
www.wasap.my/+60126012190
Terbaru Lebih lama