Breaking News

Penginapan yang selesa dan mewah di Pulse Grande Hotel Putrajaya

Penginapan yang selesa dan mewah di Pulse Grande Hotel Putrajaya | Menginap di hotel yang satu satunya bertaraf lima bintang di Putrajaya adalah satu pengalaman yang sangat aku hargai. Terima kasih kepada Malaysia Tourism Council (MTC) kerana memberi peluang kepada aku untuk bermalam di hotel ini dan turut serta dalam program Road To Agro Tourism siri 3 (RTA3) yang sangat berinformasi dan menyeronokkan.
Pulse Grande Hotel Putrajaya - Entrance
Hotel yang berkonsepkan "Hotel in the park and a park in the hotel" ini sememangnya sangat menarik. Hotel ini dikelilingi oleh flora yang cantik dan tenang. Dalam hotel ini juga terdapat satu taman yang dipenuhi oleh tumbuhan hijau dan aliran air yang direka khas untuk para tetamu nikmati. Sesuai dengan tagline hotel kan! Hotel in the park and a park in the hotel!
Bilik yang aku dapat semasa menginap di hotel ini adalah Deluxe Park view yang berada tingkat paling bawah. Bilik ini dipenuhi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan. Katil pon serioulsy sangat selesa sampai rasa malas nak bangun bila dah baring. Bilik air pula lengkap dengan "amenities" seperti berus gigi, tuala, shampoo, conditioner, sabun mandi, hairdryer dan lain lain. Yang penting ada bathtub tapi tak sempat nak utilize.
Selain bilik yang selesa, Pulse Grande Hotel Putrajaya menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk tetamu mereka seperti kolam renang, gymnasium, spa, sauna, bilik kanak kanak, business centre dan lain lain lagi. 
Untuk penggemar makanan seperti aku, tidak lengkap rasanya kalau tak bercerita tentang restoren yang ada dihotel ini. Makan malam dan sarapan pagi dihotel ini sangat menyelerakan. Pilihan makanan melayu dan international di Restoren Palm Hill ini tidak mengecewakan. Semuanya sedap! Selain Restoren Palm Hill, tetamu juga boleh menjamu selesa di Restoren Azur yang menawarkan makanan Western. Untuk mereka yang ingin minum petang serta kudapan, bolehlah singgah di Lobby Lounge mereka di tingkat tiga. Tonton video Pulse Grande Putrajaya di sini - KLIK SINI *coming soon.

Pulse Grande Hotel Putrajaya
Taman Putra Perdana Presint 1,
Wilayah Persekutuan, Putrajaya,
62000, Malaysia
Tel: +603 8887 8888

2 ulasan:

  1. Baru tahu kewujudan hotel ni kat putrajaya hehe.. Tq arep

    BalasPadam
  2. Cantik dan memang tenang sangat.... Gambar-gambar pun menarik

    BalasPadam