Cheese-sang Cheesy Bites memeriahkan lagi perayaan Tahun Baru Cina 2018

Cheese-sang Cheesy Bites memeriahkan lagi perayaan Tahun Baru Cina 2018 | Berita baik untuk penggemar pizza di seluruh Malaysia! Bagi memeriahkan lagi perayaan Tahun Baru Cina, Pizza Hut Malaysia datangkan satu hidangan pizza yang cukup melazatkan iaitu Cheesy-sang Cheesy Bites.
Cheese-sang Cheesy Bites ini didatangkan dengan 18 kerak pizza yang dipenuhi dengan keju chedar dan mozarela. Udang tempura yang ranggup dan nenas bersama sos telur masin di atasnya pula melengkapi hidangan edisi terhad ini. Hidangan yang menyelarakan ini sesuai untuk dinikmati bersama rakan rakan dan juga keluarga yang tersayang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd, Merril Pereyra "Sebagai rangkaian pizza terkemuka di Malaysia, kami bangga kerana dapat menjadi jenama yang mengeratkan hubungan ramai orang dengan berkongsi saat gembira sambil menikmati pizza yang enak bersama sama. Matlamat kami tetap sama untuk perayaan Tahun Baru Cina tahun ini".
Untuk pengetahuan semua, Cheese-sang Cheese Bites diinspirasikan dari tradisi Yee-sang yang dikenali sebagai hidangan yang menggambarkan kemakmuran bagi menyambut tahun baru. Ini adalah cara mereka (Pizza Hut) untuk membawa kegembiraan dan keseronokan kepada pelanggan.
Pizza Hut menawarkan 3 set kombo yang berbeza untuk pelanggan mereka iaitu Golden Prosperity, Double Happiness Meal dan juga Double Fortune Meal. Jom kita tengok apa yang ada dalam setiap set yang ditawarkan oleh Pizza Hut. 


Golden Prosperity - RM78.80
  • Hidangan untuk 4 hingga 5 orang
  • 1x Pizza Cheese-sang Cheese Bites bersaiz biasa
  • 1x Pizza pan/stretched Favourite bersaiz biasa
  • 1x Pinggan Udang Tempura 
  • Hidangan pembuka selera
  • 4x Minuman
  • 4x Aiskrim 
Double Happiness Meal - RM45.80
  • Hidangan untuk 2 hingga 3 orang
  • 1x Cheese-sang Cheesy Bites bersaiz biasa
  • 1x Pizza pan/stretched Supreme/Favourite 
  • Hidangan pembuka selera
  • 2x Minuman
Double Fortune Meal - RM42.80
  • Hidangan untuk 2 hingga 3 orang
  • 1x Cheese-sang Cheesy Bites bersaiz biasa
  • 2x Sup Cendawan
  • Hidangan pembuka selera
  • 2x Minuman
Pelanggan juga boleh mendapatkan pizza Cheese-sang Cheese Bites secara ala carte dengan harga RM38.00. Pizza edisi terhad ini boleh didapati melalui servis dine-in, penghantaran dan take-away sehingga bulan Februari ini sahaja. Jangan lupa untuk mencuba keenakan pizza cheese-sang cheese bites yang sangat lazat di cawangan Pizza Hut berdekatan dengan anda sekarang!
*Harga untuk pizza Cheese-sang Cheese Bites dan harga kombo mungkin berbeza bergantung kepada lokasi.
Terbaru Lebih lama