Pengalaman menginap di dalam Culvert | Nafas Cube @ Mardi Serdang

Pengalaman menginap di dalam Culvert | Nafas Cube @ MARDI MAEPS Serdang | Pada 1 Februari yang lepas, aku berpeluang untuk menginap di Nafas Cube @ MARDI yang terletak di MAEPS Serdang, Selangor. Satu pengalaman yang baru dan cukup menarik untuk aku kerana ini adalah kali pertama aku menginap di dalam culvert yang lengkap dengan kemudahan seperti plug, penghawa dingin, tuala, tilam dan juga bantal yang cukup selesa.


Bagi tetamu Nafas Cube yang menginap di bilik jenis culvert seperti aku, bilik air dan tandas disediakan secara berasingan tetapi anda tidak perlu risau kerana lokasi bilik air dan tandas berada tidak jauh jauh dari bilik masing masing.

Culvert type: 1x Queen Bed or 2x Single Bed
  • Weekdays RM120nett | Weekends RM150nett
Bilik jenis Culvert
 Keadaan didalam bilik jenis Culvert
Bilik air dan tandas yang disediakan untuk tetamu
Selain bilik jenis Culvert, Nafas Cube juga menawarkan penginapan dalam container. Berbeza dengan culvert, bilik jenis container dilengkapi dengan bilik air dan tandas. Terdapat 3 jenis bilik container yang boleh ditempah oleh tetamu yang datang untuk menginap bersama kawan kawan dan keluarga yang ramai.


Family type: 1x Queen Bed & 1x Double Decker Bed 
  • Dilengkapi dengan  TV, cerek, penghawa dingin, bilik air dan tandas.
  • Weekdays RM200nett | Weekend RM250nett
Premium type: 1x Queen Bed & 1x Double Decker Bed
  • Dilengkapi dengan  TV, cerek, penghawa dingin, peti ais kecil, bilik air dan tandas.
  • Weekdays RM200nett | Weekend RM250nett
Executive type: 1x Queen Bed 
  • Dilengkapi dengan  TV, cerek, penghawa dingin, bilik air dan tandas.
  • Weekdays RM150nett | Weekend RM180nett
Menginap disini memang selesa sebab ia berada jauh dari pencemaran bunyi yang selalu aku dengar di bandar kuala lumpur. Suasana tempat ini di waktu pagi juga cantik dan udaranya pon sangat segar. Dikawasan berdekatan juga terdapat banyak tempat tempat menarik untuk dikunjungi. Antaranya adalah MAEPS Agro Tourism Park. Anda boleh klik link yang disertakan ini untuk membaca lebih lanjut tentang tempat tersebut. Tempat Tempat menarik di MAEPS Serdang

Nafas Cube @ Mardi
Jalan MAEPS 4/1
43400, Serdang,
Selangor.
Tel: 0361441200
Facebook: Nafas Cube
Terbaru Lebih lama