Agro Pelancongan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya | Road To Agro Tourism siri 3 - Blog Luqman Zakaria

Agro Pelancongan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya | Road To Agro Tourism siri 3

Share This
Mungkin ada diantara pembaca blog arepnakbebel yang masih belum "familiar" dengan istilah agro tourism atau agro pelancongan ini kan. Untuk pengetahuan semua, agro pelancongan adalah aktiviti pelancongan yang melibatkan pertanian, peladangan, Industri asas tani, perkhidmatan dan aktiviti aktiviti lain yang berkait rapat dengan agro.
Baru baru ini aku berpeluang untuk menyertai satu program yang diberi nama Road To Agro Tourism (RTA) anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Perbadanan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ), Kementerian Pelancongan & Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan juga Kementerian Pertanian & Asas Tani (MOA) bagi mempromosikan agro pelancongan yang ada di  sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. MTC pernah menganjurkan RTA di selatan semenanjung untuk siri pertama, zon tengah untuk siri kedua dan kali ini program diteruskan lagi dengan siri yang ketiga. 
Dengan kerjasama dari MARDI-MAEPS, Bas Hop On Hop Off, Hotel Tamu & Suites, Nafas Cube, Pulse Group, Universiti Putra Malaysia (UPM), Cyberview Resort & Spa, Jabatan Warisan Negara (JWN) dan DSSM (silat) Program Road To Agro Tourism siri ketiga atau singkatannya RTA3 berjalan dengan lancar dari hari pertama sehinggalah program selesai.

Penginapan hari pertama : Tamu Hotel & Suites

Program RTA3 bermula di Tamu Hotel & Suites yang terletak di Jalan Raja abdullah, Kampung Baru. Lokasi Hotel bertaraf 4 bintang ini sangat strategik dan mudah untuk dikunjungi oleh semua orang menggunakan kenderaan awam. Bilik yang didiami oleh kami para media memang sangat selesa dan pemandangan bandar Kuala Lumpur dari hotel ini juga sangat menakjubkan. Artikel penuh tentang Tamu Hotel & Suites - KLIK SINI

Majlis Perasmian Road To Agro Tourism 3 | Kuala Lumpur dan Putrajaya

Majlis perasmian untuk program ini dilancarkan oleh Y.Bhg Dato' Affendi Zahari (Pengerusi Perbadanan Kampong Bharu)  di Tamu Hotel & Suites. Turut bersama dalam Majlis Perasmian Program RTA3 adalah 
Y.Bhg Dato Khay Ibrahim (Pengerusi Eksekutif Tamu Hotel & Suites), Y.Bhg En. Uzaidi Udanis (Presiden Majlis Pelancongan Malaysia), Y.Bhg En. Aminudin Mohamad (Pengarah Program, RTA/Kampong Bharu Night Walk), Y.Bhg En. Khalid Syed Ali (Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara), Y.Bhg Cikgu Aziz Abd Majid (Presiden Persatuan Dunai Seni Silat Melayu Malaysia), Tn Syed Azhar Syed Nadzir ( Group CEO Hop On Hop Off), media dan juga blogger.

Aktiviti malam : 10000 Langkah Berbusana di Kampong Bharu 

Pada hari yang sama, aku juga berpeluang untuk menyertai aktiviti 10000 langkah berbusana di kampong bharu anjuran DSSM Malaysia. Mengelilingi kampung baru sangat menyeronokkan kerana ianya dikelilingi oleh gerai dan kedai kedai makan yang sangat best. Boleh dikatakan semua kedai dipenuhi oleh pelanggan. Memang tak salah lagi, kampong bharu sememangnya Syurga makanan. Semasa aktiviti ini dijalankan aku juga dapat melihat gerbang kampong bharu yang terkini buat kali pertama.

Lawatan ke MAEPS Serdang

Hari kedua program RTA3 dimulakan dengan lawatan ke MAEPS Serdang dengan menaiki Hop On Hop off. Agak teruja juga sebenarnya untuk ke MAEPS sebab aku tak pernah ke sana untuk explore tempat tersebut. Rupa rupanya ada banyak tempat tempat menarik yang boleh dilawati dan antaranya adalah Petting ZooMadu KelulutTaman Herba dan House of KambingArtikel penuh tentang tempat tempat menarik di MAEPS Serdang - KLIK SINI 

Lawatan ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya

Seterusnya, aku dan rakan rakan media yang lain dibawa ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya yang terletak di Presint 6, Putrajaya. Untuk pengetahuan semua pembaca blog arepnakbebel, tempat ini dibangunkan untuk mewujudkan kesedaran dan minat kepada tanaman pertanian di kalangan pelawat. Yang menariknya, ada pelbagai aktiviti berkaitan dengan agro pelancongan diadakan disini contohnya bazaar warisan dan Warisan Agro Challenge. Nak tahu lebih lanjut tentang Taman Warisan Pertanian, anda boleh baca artikel penuh tentang Taman Warisan Pertanian di sini - KLIK SINI 

Menikmati pemandang menarik di Putrajaya dengan menaiki Cruise

Antara aktiviti yang ditunggu tunggu untuk hari kedua adalah menaiki Cruise di Tasik Putrajaya. Satu pengalaman yang sangat menarik dan aku sangat tertarik dengan pemandangan Putrajaya semasa berada di atas cruise. Aku sempat mengambil beberapa gambar yang cukup cantik untuk dikongsikan dengan korang semua. Gambar dan Artikel penuh tentang Cruise Tasik Putrajaya - KLIK SINI

Lawatan ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

Selalunya kalau ke Putrajaya, masjid yang sering dikunjungi adalah Masjid Putra yang terletak di presint 1. Senibina masjid tersebut sememangnya sangat cantik. Selain Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin juga tidak kurang hebatnya. Masjid ini sangat besar dan luas. Senibinanya juga cukup menakjubkan. Artikel penuh tentang Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya - KLIK SINI *coming soon

Makan Makan di Food Truck Hotspot Putrajaya

Pada sebelah malam pula, kami semua ke food truck hotspot di putrajaya untuk makan malam. Macam macam ada dekat sini. Bermula dari makanan berat seperti nasi, mee sup, char kuey teow, western hinggalah ke pencuci mulut macam aiskrim dan little dutch pancake yang cukup meyelerakan.

Penginapan hari kedua : Nafas Cube @ MARDI

Selesai sahaja makan malam di Food Truck Hospot Putrajaya, kami semua menuju ke Nafas Cube yang  terletak di Taman Rekreasi MARDI Serdang. Penginapan yang berkonsepkan container dan tube/culvert ini memberikan pengalaman yang unik buat aku. Suasana di Nafas Cube ini sangat tenang kerana tempatnya jauh dari bandar yang penuh dengan pencemaran bunyi. Artikel penuh tentang Nafas Cube @ MARDI - KLIK SINI *coming soon

Lawatan ke Taman Ekuestrian Putrajaya

Tak sangka rupanya taman ekuestrian ini dibuka kepada umum dan kepada mereka yang berminat untuk menunggang kuda juga boleh dilakukan dengan bayaran yang sangat berpatutan. Aku sempat melihat dan menyentuh kuda kuda disini. Ada juga diantara kami yang mengambil peluang untuk menunggang kuda dengan bantuan pekerja taman ekuestrian putrajaya.

Penginapan hari ketiga : Pulse Grande Hotel Putrajaya 

Hotel bertaraf lima bintang ini terletak di Presint 1, putrajaya. Untuk pengetahuan semua, hotel ini dahulunya adalah Shangri La Hotel dan kini ditukarkan namanya kepada Pulse Grande Hotel yang masih mengekalkan kemudahan yang sama seperti yang sebelumnya. Artikel penuh tentang Pulse Grande Hotel Putrajaya - KLIK SINI *coming soon

Menyaksikan persembahan Teater Rainforest di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Menyaksikan persembahan teater "Fantasy Rainforest" sangat mengujakan. Jalan cerita yang sangat menarik dan aksi aksi akrobatik yang hebat membuatkan aku bersemangat untuk menontonnya. Persembahan ini mempamerkan keindahan flora dan fauna serta suku kaum yang berinteraksi dengan kehidupan disekeliling mereka. Special effects dan bunyi bunyi yang digunakan juga menghidupkan lagi persembahan mereka. Tonton teaser persembahan teater "Fantasy Rainforest - KLIK SINI *coming soon

Lawatan ke Putrajaya Urban Farming 

Program pertanian bandar putrajaya (putrajaya urban farming) diwujudkan bagi merealisasikan objektif yang telah ditetapkan dan antaranya adalah membangunkan kawasan yang belum digunakan secara optima dan menjadikan ia produk pelancongan dan pendidikan berkaitan model pertanian bandar kepada umum. Apa yang menarik perhatian aku ketika lawatan dijalankan adalah penglibatan teknologi terkini dalam bidang pertanian dimana menurut aku ianya sangat hebat dan pada masa yang sama dapat memupuk minat anak anak muda untuk terlibat secara langsung dalam industri ini.

Lawatan ke Cyberview Resort & Spa

Sebelum ini aku pernah membaca beberapa artikel yang ditulis oleh rakan rakan blogger tentang Cyberview Resort & Spa. Sangat teruja bila aku sendiri dapat menjejakkan kaki disini kerana aku dapat melihat sendiri pemandangan di sekitar tempat ini sangat cantik. Baca artikel penuh tentang Cyberview Resort & Spa - KLIK SINI *coming soon

Lawatan ke EDU Tourism di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Sebelum program RTA3 berakhir, kami dibawa ke Edu Tourism yang berada di Universiti Putra Malaysia untuk melawat Muzium Anatomi haiwan dan manusia. Pelbagai jenis rangka haiwan dipamerkan di muzium ini untuk tontonan umum. Antaranya adalah rangka singa, kuda, cuci dan macam macam lagi. Tonton video tentang Muzium Anatomi Haiwan - KLIK SINI *coming soon
Pengetahuan aku tentang agro tourism atau agro pelancongan sangat kurang tetapi selepas menyertai program RTA3 sedikit sebanyak membantu aku untuk memahami apa itu agro pelancongan dengan lebih mendalam lagi. Terima kasih kepada Malaysia Tourism Council terutama sekali Puan Nurul Ezani kerana memberi peluang kepada aku untuk turut serta dalam program ini. Untuk maklumat lanjut tentang program RTA, korang ke facebook mereka di - Road To Agro Tourism

1 ulasan:

Pages