Tempah baju secara online dengan aplikasi Custlr - Blog Luqman Zakaria

Tempah baju secara online dengan aplikasi Custlr

Share This
Tempah baju melayu secara online dengan aplikasi Custlr | Membeli belah secara online boleh dikatakan sangat popular sekarang ini. Semua benda boleh dibeli secara online tanpa perlu bazirkan masa dan tenaga. Cuma klik, bayar dan tunggu sahaja barang sampai. Segalanya dihujung jari. gituhh. Untuk entry kali ini, aku nak share dengan korang semua tentang satu aplikasi membeli belah secara online yang sangat memudahkan kaum adam untuk mendapatkan pakaian sesuai mengikut saiz badan mereka.
Aplikasi yang aku maksudkan adalah Custlr. Apa itu Custlr? Ianya adalah aplikasi membeli belah pakaian lelaki seperti baju melayu, kurta dan kemeja secara atas talian mengikut ukuran badan sendiri.
Masalah yang selalu dihadapi oleh netizen yang membeli pakaian secara online ini biasanya pakaian yang dorang dapat terlalu besar atau terlalu ketat tapi dengan Custlr ini korang tak perlu pening pening nak fikir dah sebab baju yang korang beli memang confirm mengikut saiz yang korang nak. 
Yang paling menarik, korang juga boleh memilih jenis kolar baju, jenis cuff, warna kegemaran  dan saiz untuk baju yang korang nak tempah tapi yang aku nak highlight untuk entry ini adalah pemilihan saiz. Ada empat cara disediakan oleh Custlr bagi menentukan saiz pakaian yang korang nak tempah. 
  • Body Measurement - Gunakan pita pengukur dan masukkan saiz yang diperlukan.
  • A4 Fit - Snap gambar badan korang menggunakan A4 paper di bahagian depan dan belakang. * Boleh refer gambar dekat atas
  • Standard Sizing - S,M,L,XL - Kalau saiz korang tak termasuk dalam standard sizing ini aku cadangkan korang gunakan  method yang pertama tuh confirm selamat. hehe
  • Auto fit - Saiz baju ditentukan dengan ketinggian dan berat badan korang
Seperti yang aku maklumkan pada awal entry, Custlr ada beberapa pilihan pakaian macam kurta dan kemeja tapi aku pilih untuk dapatkan baju melayu sebab aku tak ada banyak baju melayu.haha. Everything was ok. Aku suka warna dia dan kualiti jahitan untuk baju melayu yang aku dapat ini memang terbaik. Maybe next time boleh beli kemeja pulak.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan aplikasi Custlr. Korang boleh layari laman sosial mereka seperti yang tertera dan sekiranya korang berminat untuk membuat pembelian di Custlr, korang boleh download aplikasi mereka di Google Playstore sekarang. Selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. Wow siap ada apps lg tu..menarik ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! senang sekarang nih. Nak jahit baju pon guna apps hehe.

      Padam

Pages