Lepak makan dan membeli belah di Uptown Puchong Night Bazaar (UPNB)

Lepak makan dan membeli belah di Uptown Puchong Night Bazaar (UPNB) | Untuk entri kali ini aku akan kongsikan tentang satu tempat yang sangat best untuk korang semua pergi. Dekat mana lagi kalau bukan uptown, tempat dimana korang boleh membeli belah, makan  makan dan lepak bersama keluarga dan kawan kawan selepas seharian menghabiskan masa di tempat kerja.


Uptown yang aku maksudkan adalah Uptown Puchong Night Bazaar (UPNB) yang terletak di Taman Meranti Jaya 47100 Puchong Selangor. Di Malaysia ini memang terkenal dengan uptown, dekat mana mana pon akan ada uptown tapi kenapa aku memilih UPNB sebagai lokasi "lepak" yang paling syok dan best untuk diterjah oleh korang semua?

Kemudahan yang ada di Uptown Puchong Night Bazaar

UPNB adalah uptown berbumbung pertama di Malaysia yang menggunakan konsep moden dan lebih tersusun bagi memudahkan pengunjung untuk membeli belah. Ada pelbagai kemudahan yang disediakan untuk pengunjung UPNB. Antaranya adalah parkir percumaWifi percumaAir coolerMist Fan dan ianya dilengkapi dengan CCTV yang beroperasi selama 24 Jam.


Membeli belah di Uptown Puchong Night Bazaar lebih Selamat dan Selesa

UPNB adalah uptown yang paling selamat dan selesa untuk korang semua lepak dan membeli belah. Mana taknya, uptown ini kan dilengkapi dengan kawalan keselamatan selama 24 jam. Nak terjah semua kedai pon tak jadi masalah sebab air cooler dan mist fan  ada untuk memberikan keselesaan yang maksimum kepada pengunjung.


Ada banyak kedai yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah pakaian, perfume, kacamata, aksesori telefon, kasutperkasas dapur, mainan kanak kanak dan banyak lagi. Yang menariknya, kedai gunting rambut pon ada tau.


Rambang mata kalau datang UPNB ini sebab semua kedai nampak menarik. Barangan yang dijual disetiap kedai disusun dengan kemas dan rapi. Sedap mata memandang. Lebih lebih lagi kedai kasut tuh. Sempat jugalah bawa balik satu pasang kasut jenama Vans. Nanti aku share tentang kedai kasut ini dengan korang semua ok. Untuk pengetahuan korang jugak, UPNB sudah mula beroperasi sejak dari tahun 2015 lagi dan tahap kebersihan uptown ini memang terbaik. Dekat sini korang bukan hanya boleh membeli belah sahaja, kalau nak karaoke pon boleh sebab ada satu pusat karaoke dibuka di UPNB untuk korang yang suka menyanyi.


Nikmati makanan yang lazat dan menyelerakan di Uptown Puchong Night Bazaar

Selepas penat shopping dan karaoke mesti korang akan rasa lapar kan. Once again, jangan risau tentang makanan. Ada banyak pilihan makanan disini. Dari masakan melayu hinggalah masakan western. Pening jugaklah nak buat pilihan.  


Semasa kunjungan ke UPNB baru baru ini, aku sempat mencuba shell out dari kedai Mafioso Shell Out dengan kawan kawan. Memang tak dinafikan shell out dekat sini menjadi pilihan ramai pengunjung sebab harga yang ditawarkan sangat perpatutan dan rasa pon memang sedap.


UPNB juga menyediakan skrin LCD besar untuk pengunjung yang datang menonton perlawanan bola sepak sambil menikmati makanan lazat dan sedap. Live buskers juga akan beraksi untuk menghiburkan semua orang. Kawan kawan aku pon sempat juga menyumbangkan suara dorang pada malam kunjungan kitorang. Memang seronok sampai tak sedar dah lewat malam.


Peluang untuk berniaga di Uptown Puchong Night Bazaar

Menarik kan UPNB! Walau pon masih baru sambutannya sangat menggalakkan. Ini adalah peluang yang sangat bagus untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan sebab UPNB ini berada dibawah pengurusan Mayfair Assets Sdn Bhd yang akan membantu UPNB dari segi promosi dan pengiklanan. Mayfair Assets Sdn Bhd menjalankan pelbagai aktiviti  di UPNB untuk menarik orang ramai datang. Antaranya adalah Graffiti Art Competition, Uptown Puchong Hip Hop Night, Bazaar Shopping Raya, Coloring Contest dan banyak lagi. Dengan adanya mereka, InsyaAllah perniagaan korang disini akan berjalan dengan lancar.


Sekiranya ada diantara pembaca artikel ini yang berminat untuk memulakan bisnes di UPNB dan ingin mendapatkan maklumat lanjut dengan Uptown berbumbung pertama di Malaysia, korang boleh refer maklumat yang aku sediakan dekat bawah ini.

Alamat Uptown Puchong Night Bazaar (UPNB)
Taman Meranti Jaya 
47100 Puchong 
Selangor

No Telefon
0164449657
0162019657

Waktu Operasi
6 Petang hingga 3 Pagi (Isnin - Ahad)

Email
info@uptownpuchong.com
info@mayfairassets.com.my

Facebook
www.facebook.com/Uptownpuchong
Instagram
www.instagram.com/uptownpuchongnightbazaar
Website
www.uptownpuchong.com
Kredit gambar 
www.thisisreef.com
Terbaru Lebih lama