Eat Travel Write and Doodle X Citrawarna 2017

Eat Travel Write and Doodle X Citrawarna 2017 | Pada tahun ini aku berpeluang untuk menyertai Eat Travel Write & Doodle, satu program yang dianjurkan oleh Gaya Travel dengan kerjasama beberapa pihak lain sempena Citrawarna 2017. Untuk program ini, Gaya Travel menghimpunkan beberapa Media dan blogger dari dalam dan luar negara untuk meneroka tempat tempat menarik yang ada di Kuala Lumpur.

Islamic Arts Museum Malaysia

Lokasi pertama yang kitorang pergi adalah Islamic Arts Museum/Muzium Kesenian Islam Malaysia yang terletak di Jalan Lembah Perdana, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.  Untuk sesetengah orang mungkin lawatan ke muzium agak membosankan tetapi tidak di muzium ini sebab disini ada lebih 10 galeri yang sangat menarik untuk korang semua terokai. Banyak artifak dan informasi tentang Islam yang boleh didapati disini. Selain itu, korang juga dapat melihat pelbagai jenis barang kemas, kaligrafi, senjata dan macam macam lagi. 

Kredit gambar - IG : lukezkria | shafik_jaafar 

Untuk pengetahuan korang, dalam muzium ini ada restoren tau. Nama restoren tersebut adalah Museum Restaurant, tak sangka pula dalam muzium ada tempat untuk makan dan bagi korang yang ingin mendapatkan cenderahati, bolehlah ke Museum shop yang berada di Ground Floor. Sekiranya korang berminat untuk melawat muzium ini. Aku sediakan beberapa maklumat penting yang korang perlu tahu sebelum menjejakkan kaki kesini.

Islamic Arts Museum Malaysia/Muzium Kesenian Islam Malaysia
Opening Hours
Museum Galleries and Shop
Isnin - Ahad (Termasuk Cuti Umum) - 10 Pagi hingga 6 Petang
Museum Restaurant
Selasa - Ahad (Isnin Tutup) - 10 Pagi hingga 6 Petang
Admission Fees
Adult RM14
Student with ID RM7
Senior Citizen (Malaysian 55yo and over) RM7
Kids (6yo and Under) FREE
*Tickets are charged at RM12 & RM6 respectively when the special galleries are closed
Laman Web

Restoren Rebung Dato Chef Ismail

Selepas semuanya selesai, kitorang singgah di Restoren Rebung Dato Chef Ismail untuk makan tengahari. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke restoren yang menjadi bualan ramai. Keadaan di restoren pada waktu kitorang sampai memang agak sesak sebab ramai yang ke restoren ini untuk "lunch". Makanan yang dihidangkan sangat menyelerakan. Banyak pilihan.


Banyak sangat sampai tak sempat nak makan semua tapi kebanyakan yang aku makan tuh memang sedap. Patutlah ramai orang datang sini untuk makan tengahari. Rugi tau kalau tak try. Jom singgah Restoren rebung ini sekarang!

Restoren Rebung Dato Chef Ismail
Alamat
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No.1 Jalan Tanglin,
Taman Botani Perdana,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia
No Telefon
03-22763535
Opening Hours
Isnin - Ahad 
7 Pagi hingga 10 Malam
Laman Web
www.restorenrebungdatochefismail.com

Planetarium Negara

Pengembaraan kitorang diteruskan dengan mengunjungi Planetarium Negara. Seingat aku, Ini adalah kali kedua aku ke Planetarium Negara. First time datang rasanya zaman kanak kanak dulu. Para media dan blogger sempat menyaksikan tayangan planetarium "Journey to A billion suns" yang sangat mengujakan!


Tiada bayaran masuk dikenakan untuk  melihat pameran yang ada di Planetarium ini tapi kalau korang nak tengok tayangan yang disediakan barulah korang akan dikenakan bayaran. Berapa bayaran yang dikenakan untuk setiap orang? Korang boleh rujuk info dibawah.

Planetarium Negara
Alamat
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi,
53, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Admission Fees ( Untuk Tayangan Planetarium)
Dewasa (13 Tahun ke atas) RM12 - Biasa | RM6 - Mykad
Kanak Kanak (2 hingga 12 Tahun) RM8 - Biasa | RM4 - Mykad
Galeri Pameran - Percuma
No Telefon
03-22734301/4303/5484
Laman Web

Vistana Hotel Kuala Lumpur

Aktiviti untuk hari pertama berakhir di Planetarium Negara. Destinasi seterusnya adalah Vistana Hotel Kuala Lumpur, tempat penginapan kitorang selama dua malam. Proses check in sangat cepat, kitorang tak perlu menunggu untuk dapatkan bilik. Keadaan bilik memang selesa dan bilik air pon sangat luas.


Pada pendapat aku, lokasi hotel ini sangat strategik sebab korang boleh pergi kemana sahaja dengan menggunakan LRT dan Monorel yang berada bersebelahan dengan hotel. Tempat makan juga sangat dekat dan kedai yang beroperasi 24 jam macam 7E juga mudah didapati di area hotel. 

Vistana Hotel Kuala Lumpur
Alamat  
Off, 9, Jalan Lumut, 
Pekeliling,
50400 Kuala Lumpur
No Telefon
03-40428000

Taman Eko Rimba Bukit Nenas

Hari kedua kitorang dimulakan dengan lawatan ke Taman Eko Rimba Bukit Nenas, disini berlangsungnya Kids Eco Dash. Ianya adalah acara larian kanak kanak dimana mereka boleh mengalami larian "Big Race" yang diadakan di lokasi eko pelancongan yang selamat dan "Educational" . Ibu bapa dan ahli keluarga juga dapat turut serta sebagai sukarelawan.


Ramai kanak kanak yang terlibat dalam acara larian ini. Bermula dari umur 4 hinggalah 12 tahun. Semuanya bersemangat untuk tamatkan larian. Pelancaran Eat Travel Write and Doodle ft Citrawarna 2017 oleh Timbalan Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia, Datuk Rashidi bin Hasbullah juga diadakan disini.

Menara Kuala Lumpur

Sky Deck | Sky Box | Atmosphere 360

Aktiviti yang seterusya ini agak menakutkan juga bagi aku sebab aku nih tak berapa nak ada "chemistry" dengan tempat tinggi. Tapi rugi rasanya kalau tak ke Sky Deck di Menara KL tau. Walau pon takut kena beranikan diri sebab nak snap gambar pemandangan KL yang cantik.


Selalunya kalau ke Menara KL mesti pergi Observation Deck jer kan. Sekarang ini korang dapat tengok view Kuala Lumpur dengan lebih menarik dan lebih "real" di Sky Deck. Pengalaman berada di Sky Deck  sangat lain berbanding Observation Deck sebab pemandangan korang tak terbatas oleh cermin. Nak snap gambar pon senang. Satu lagi tarikan yang mungkin korang nak cuba adalah Sky Box, dimana korang boleh berdiri di atas lantai cermin di ketinggian 300 meter. 

Kitorang juga berpeluang untuk menikmati makan tengahari di Atmosphere 360. Everything was perfect! Makan tengahari yang sedap di Restoren berputar sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang cantik. What else do you want?

Menara Kuala Lumpur
Alamat 
KL Tower
No.2 Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee
50250 Kuala Lumpur
Malaysia
No Telefon
03-20205444
Laman Web

Citrawarna 2017 di Dataran Merdeka

Acara kemuncak yang ditunggu tunggu adalah Citrawarna. Untuk pengetahuan semua, Citrawarna adalah satu program yang memperagakan pakaiantariankebudayaan dan nyanyian yang sangat menarik. Program ini pernah dibuat pada tahun lepas tapi aku tak berkesempatan untuk ke Dataran Merdeka dan menyaksikan sendiri kehebatan rakyat Malaysia mempersembahkan keunikan negara kita kepada umum.


Program bermula seawal jam 4.30 Petang dimana pengunjung yang hadir dapat berinteraksi dengan pengunjung lain dalam permainan rakyat yang disediakan contohnya congkak, batu seremban, lompat getah dan macam macam lagi. Penyanyi Buskers juga turut hadir untuk menghiburkan pengunjung.

Tema untuk Citrawarna tahun ini adalah "The Sunrise, The Green and The Eco Within". Persembahan ini berkisarkan tentang pasangan dua sejoli yang tinggal di kota London dan ingin pulang ke Malaysia untuk menghadiri majlis perkahwinan adik mereka. Jalan cerita yang menarik dan pengisiannya juga sangat tepat dengan tema yang digunakan.


Persembahan Citrawarna 2017 diakhiri dengan percikan bunga api yang sangat cantik. Bertuah rasanya bila diberi peluang untuk menyaksikan Citrawarna secara live. Semuanya berjalan dengan lancar dan mereka yang terlibat juga berjaya memberikan persembahan yang sangat cemerlang untuk semua penonton. 

Terima kasih diucapkan kepada Gaya Travel untuk pengalaman yang sangat best ini. Jom cari hashtag yang aku kongsikan dekat bawah ini untuk tengok semua gambar yang kitorang sempat kongsikan di Instagram sepanjang program Eat Travel Write and Doodle ft Citrawarna dijalankan.

#ETWD17
#EatTravelWrite
#VisitKL
#CitrawarnaKL2017
#GayaTravel
#SayangMalaysia
#MalaysiaTrulyAsia
Terbaru Lebih lama