Belajar tentang Internet of Things dengan menyertai workshop #StartIoT

REKA dengan kerjasama RE:Telekom Malaysia baru baru ini melancarkan satu program baru yang diberi nama #StartIoT. Ianya adalah satu program yang menarik untuk dikongsikan dengan korang semua. Bagi orang yang kurang mahir tentang teknologi macam aku ini memang teruja sikit bila pakar pakar dalam bidang ini explain tentang IoT. Korang tahu tak  apa itu #StartIoT
#StartIoT is an Initiative by REKA Inisiatif Sdn Bhd and TM Berhad to kickstart development of IoT amongst Startups, SMEs and the public. The initiative focuses on the fundamentals of IoT and will provide guidelines on how can anyone start with IoT - www.startiot.co
Apa yang aku faham tentang IoT atau nama panjangnya Internet of Things ini adalah ianya device atau peranti yang boleh dihubungkan dengan internet dan boleh dikawal oleh pengguna pada bila bila masa dengan mudah.Contohnya korang boleh gerakkan dan kawal kereta dari jauh. Tapi IoT ini bukanlah sekadar digunakan untuk kawal kereta sahaja, ianya adalah teknologi yang perlu diketengahkan untuk manfaat semua orang.
 CEO of REKA Inisiatif, Mohammad Haziq Faris Hasnol 
REKA believes that IoT is more than just self driving cars or connected homes. It has more potential on other areas such as healthcare and agriculture which benefits the community in the future - CEO of REKA Inisiatif, Mohammad Haziq Faris Hasnol 
Ini adalah antara mereka yang turut hadir pada majlis pelancaran #StartIoT
Dari Kiri - Dr Syed Mohamad Jamalullil Bilfagih AGM Business Technical Group Digital Centre, Muhamammad Haziq Faris Hasnol CEO of REKA Inisiatif, Mohd Yuzairin bin Md Yunus President of ImBig, Nik Muhammad Amin CEO of Moovby Mobility, Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid Vice Chancellor University Malaysia of Computer Science and Engineering (UniMY) dan Dr. Rezal Khairi Ahmad CEO of NanoMalaysia Berhad.

Workshop untuk mereka yang ingin belajar tentang IoT

Bagi korang yang berminat untuk menyertai IoT workshop ini especially student, korang boleh ke laman web www.startiot.co/workshop untuk book seats. Workshop ini diadakan dari bulan Oktober sehingga Disember 2017 di beberapa tempat. Jadi, korang pilih tempat dan tarikh yang sesuai mengikut kehendak korang. 

Dengan menyertai workshop ini, knowledge korang tentang IoT pasti akan bertambah sebab korang akan di ajar tentang asas asas IoT dan belajar cara untuk memulakan IoT. Learning material juga akan disediakan untuk korang nanti. 
Terbaru Lebih lama