Dapatkan Kulit yang lebih lembut dan cerah dengan Coffee Scrub

Dapatkan Kulit yang lebih lembut dan cerah dengan hanya menggunakan Coffee Scrub | Entry kali aku nak share sikit pasal Coffee Scrub. Sebelum ini aku pernah nampak orang share dekat facebook dan instagram tentang coffee scrub nih tapi perasaan untuk mencuba itu tak ada pon sebab tak tahu apa kelebihan dan dan kebaikan dia.


Kebaikan dan kelebihan Coffee Scrub

Untuk pengetahuan korang, Coffee Scrub ini bukan hanya melembut dan mencerahkan kulit wajah sahaja tapi ianya juga dipercayai mampu menghilangkan selulit di badan kita. Selain itu, Coffee Scrub dapat membantu :-
  • Menghilangkan parut baru dan lama 
  • Melembapkan Kulit 
  • Bertindak sebagai anti Stress

Cara menggunakan Coffee Scrub

Cara nak guna Scrub ini semudah ABC jer, Korang just basahkan muka lepas tuh scrublah coffee tuh dekat muka dengan rata kemudian bilas dengan air. Kalau nak buat Mask pon boleh. Tempek tempek jer dekat muka.

Aku suka sangat guna scrub sebab bila dah bilas dengan air tuh memang kulit rasa lembut dan yang paling penting rasa lebih bersih. Normally, lepas aku bilas tuh aku akan gunakan pencuci muka pulak untuk hilangkan bau coffee. Ya ampun! masa tuh rasa macam bontot baby jer muka aku. haha.
Terbaru Lebih lama