Cara mudah membeli tiket bas secara online menggunakan aplikasi catchthatbus

Cara mudah membeli tiket bas secara online menggunakan aplikasi catchthatbus | Nasiblah jadi seorang Luqman Zakaria. Banyak info yang menarik yang aku terlepas pandang termasuklah aplikasi dan website catchthatbus. Mungkin sebab dah lama tak naik bas, jadi maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan berkaitan dengan bas diabaikan. Beberapa hari sebelum hari raya haji barulah aku aware dengan aplikasi ini, itu pon sebab kawan aku yang kenalkan. Tiket bas time raya haji laris gila macam pisang goreng. Kalau ke kaunter confirm nak kena bersesak sesak dengan lautan manusia. Alang alang dah tahu pasal apps ini, aku try la guna. 

Applikasi ini boleh di muat turun di Apple Store dan Google Store. Aku tak pasti samada apps ini boleh di muat turun di Window Store atau tak, korang boleh check yer. hehe. Langkah langkah untuk membeli tiket di CatchThatBus ini sangat sangat mudah.

Cara Cara membeli tiket bas di aplikasi catchthatbus

  • 1. Pilih lokasi Dari mana
  • 2. Pilih lokasi (Ke mana)

  • 3. Pilih bilangan penumpang
  • 4. Pilih tarikh perjalanan yang anda inginkan *contoh dibawah adalah untuk "One way trip


  • 5. Pilih masa perjalanan dan bas yang diinginkan.
  • 6. Maklumat berkaitan pick up dan drop off  point.


  • 7. Pilih seat anda (Sesetengah bas, Seat akan dipilih oleh operator bas itu sendiri)
  • 8. Isi maklumat yang berkaitan


  • 9.  Pastikan maklumat anda betul dan jangan lupa check promo code. mana tahu boleh dapat murah.
  • 10. Antara promo code yang a. Sekiranya ada promo code yang layak untuk korang, masukkan promo code dalam petak yang disediakan.


  • 11. Bahagian ini korang jangan risau. Selain Maybank2u, ada banyak lagi platform lain yang boleh digunakan untuk tujuan pembayaran. Kalau ada paypal pon boleh guna.
  • 12. Selepas pembayaran dilakukan. Booking korang akan diproses dengan secepat  mungkin.


E-Ticket akan dihantarkan melalui email dan korang boleh print E-Ticket tuh untuk digunakan semasa menaiki bas nanti. korang boleh tengok contoh E-Ticket yang korang akan dapat melalui email dekat bawah ini.


Aku baru jer lepas gunakan perkhidmatan dorang dan everything went smooth. Excited punya pasal nak share dengan korang semua. Sampai sampai rumah jer terus on laptop taip entry ini. Selamat mencuba semua. Happy blogging. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan catchthatbus, korang boleh layari lawan web rasmi dorang di www.catchthatbus.com  
Terbaru Lebih lama