dal.komm COFFEE antara kafe yang paling popular dalam drama korea

dal.komm COFFEE antara kafe yang paling popular dalam drama korea  | Siapa dekat sini penggemar drama korea? Korang mesti tahu kan dal.komm coffee ini banyak keluar dalam drama korea yang popular. Antaranya Descendents of the sun, you're all surrounded dan Mr.Baek

Mula mula tuh aku tak adalah excited sangat sebab aku rasa kafe ini terkenal pon disebabkan oleh fenomena drama korea popular yang keluar di kaca TV tapi anggapan aku salah sebab makanan dan minuman ini memang sedap dan aku berpeluang untuk cuba sendiri pada minggu lepas bersama kawan kawan semasa di Sky Avenue Mall, Genting Highlands.


Pencuci mulut dan minuman di Kafe dal.komm coffee sangat sedap dan menyelerakan

Samaada korang peminat kopi atau pon tidak, korang still boleh datang ke kafe nih sebab ada banyak pilihan minuman untuk coffe lovers dan non coffee lovers. Aku ok jer dengan kopi tapi for this time nak jugak cuba yang lain dari yang lain pulak kan.

Honey grapefruit juice
Honey grapefruit juice ini memang sedap, kalau korang memang tak suka minum kopi, bolehlah order juice ini. Selain minuman, dal.komm coffee juga menyediakan desserts/pencuci mulut yang sangat sedap. 

Salted egg lava cruffin
First time datang ke dal.komm coffee dan first time jugaklah order salted egg lava cruffin ini. Tak sia sia order walau pon tak pernah rasa. Portion cruffin ini memang besar. Aku makan dua orang pon dah rasa kenyang tapi lepas nih kalau datang lagi tak nak share dah, nak makan sorang jer.hehe. Satu hidangan pencuci mulut yang cukup sedap bagi aku. Aku bagi 4.5 out of 5 stars! 

Terbaru Lebih lama