Primadona Raya Cosry by Glamora #GayaKoleksiRaya2017

Primadona Raya Cosry by Glamora #GayaKoleksiRaya2017 | Bertempat di Blackbox Publika, House of Cosry telah menampilkan koleksi Ready To Wear yang modern serta menyerlahkan gaya dan citara rasa si pemakai. Koleksi Raya kali ini sememangnya pengikut peredaran wanita pada masa kini

Primadona Raya Cosry by Glamora
Korang ingat lagi tak gaun pengantin Anzalna Nasir yang berwarna warni bercorak kelopak daun dan bunga besar rekaan Pengarah Kreatif House of Cosry, Putra Aziz. Ianya mendapat pujian yang amat luar biasa dan sehingga kini, gaun itu terus kekal menjadi satu fenomena. Rekaan gaun pengantin itu meninggalkan impak yang amat besar kepada pencinta fesyen dan wanita diluar sana menyimpan impian untuk menggayakan busana yang bermotifkan Mariposa.
Primadona Raya Cosry by Glamora
Rekaan Putra Aziz sememangnya amat eksklusif tetapi sebagai pereka fesyen yang menitikberatkan keinginan wanita dan pelanggan, beliau mengambil peluang ini untuk menghasilkan busana raya bermotifkan Majestic Mariposa Print. Setiap potongan Mariposa lebih kepada "cape concept" menggunakan material georgette dan Sifon.
Primadona Raya Cosry by Glamora
Beliau memilih material yang lembut, "sejuk" dan amat selesa untuk digayakan sepanjang hari. Ianya memang bersesuaian dengan keadaan cuaca di Malaysia agak panas. Untuk pengetahuan semua, material yang digunakan oleh beliau diimport dari luar negara kerana beliau adalah seorang yang sangat mementingkan kualiti dalam setiap rekaan yang dihasilkan.

Anak didik Putra Aziz, Shera Lee turut bersama pada hari tersebut bagi menampilkan koleksi raya beliau. Pertemuan Shera Lee dengan Putra Aziz dan Pengarah Urusan Cosry Wise (M) Sdn Bhd , Ariff Quasry membuka pandangan beliau tentang masa depannya dalam dunia fesyen.

Shera Lee
Menurut Shera, beliau sangat senang bekerjasama dengan Putra Aziz yang memberi perspektif berbeza terhadap fesyen rekaannya dan diberi peluang untuk mempamerkan hasil rekaannya beriringan dengan Koleksi Hari Raya Cosry adalah sesuatu yang tidak beliau jangkakan
Antara koleksi Raya by Shera Lee
Rekaan Shera Lee untuk Hari Raya kali ini berkonsepkan kimono dan peplum. Sekiranya korang semua berminat dengan koleksi Raya dari House of Cosry ini, korang boleh ke laman sesawang Cosry di www.cosry.com untuk tengok lebih banyak koleksi lain yang menarik untuk raya akan datang.
Terbaru Lebih lama