Jana pendapatan sampingan dengan Paid Surveys - GlobalTestMarket

Dalam entry "Dapatkan duit dengan menjawab survey di Ipanel Malaysia" hari tuh aku pernah janji dengan korang semua nak share tentang satu lagi laman web yang aku guna untuk tambah pendapatan yang sedia ada. Walau pon tak banyak sekurang kurangnya lepaslah jugak untuk topup kredit phone or beli makan untuk dua tiga hari. hehe.


Selain Ipanel Malaysia, GlobalTestMarket adalah salah satu website yang memberikan bayaran lumayan kepada semua yang menggunakan perkhidmatannya. Cara untuk mendapatkan bayaran dari GlobalTestMarket adalah sama seperti Ipanel Malaysia. Korang perlu kumpul point dan tebus duit dengan cara yang sangat mudah. Aku akan terangkan caranya.

Korang hanya perlu mendaftar, isi maklumat diri selengkapnya dan jawab survey yang disediakan oleh laman web ini. Untuk pengetahuan korang GlobalTestMarket membuat bayaran dalam USD.
Korang perlu kumpul 1044 point untuk dapatkan USD10. Buat masa ini, USD1 bersamaan dengan RM4. Fuh! Dengan hanya menjawab survey secara online korang boleh dapat RM40. Lagi banyak point korang kumpul lagi banyak korang akan dapat. Kalau tak nak duit, korang boleh tebus point untuk dapatkan voucher tapi bagi aku tak berbaloi sangat tebus voucher. hehe

Mungkin korang ragu ragu. betul ke dia nih. Tipulah! mana ada orang nak bagi duit senang senang macam tuh jer. Aku pon sama macam korang tapi itu dulu la. Bila duit dah masuk terus fikiran dan pandangan aku tentang GlobalTestMarket ini berubah. Untuk menyakinkan korang. meh aku share bukti pembayaran dari laman web ini. 

Bukti Pembayaran paid surveys - GlobalTestMarket
Seperti yang aku terangkan bayaran akan dilakukan dalam USD , jadi korang wajib ada akaun paypal sebab bila nak redeem nanti sistem akan minta email address yang korang gunakan untuk akaun paypal. Jadi, tunggu apa lagi? Jom buat survey dan jana pendapatan sampingan ini sebab ianya mudah dan bayaran yang diberikan pula sangat lumayan. Selamat mencuba.
Terbaru Lebih lama