Batik Fun Walk 2016 di Lanai, Malaysia Tourism Center (MaTiC)

Dua tiga kali jugaklah aku fikir nak join ke tak Batik Fun Walk sebab sebelum ini mana pernah nak join event yang memerlukan stamina. Keluar jogging kat luar rumah pon kadang kadang jer. Last last join sebab "fun walk" kan so tak payahlah beria nak berlari sangat. hehe



Registration dibuat seawal jam 630 pagi sehingga 800 pagi. Kebetulan waktu event ini dijalankan aku kerja night shift dan tempatnya pulak berdekatan dengan tempat kerja aku jadi tak ada masalah untuk sampai awal. 


Registration fee cuma RM20 je. Korang akan dapat sehelai batik untuk digunakan sepanjang aktiviti berlangsung. Ada lima kategori yang dipertandingkan dan salah satunya "Individual Most Creatively Dressed in Batik". 


Event macam ini sesuai untuk seisi keluarga. Tiada had umur dikenakan. Baby dalam stroller pon boleh join. Batik Fun Walk bermula dari Lanai melalui Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan P. Ramlee. Total jarak adalah 2.3KM sahaja. Jadi kalau bawa budak budak pon tak ada masalah.



Semua tengah makan sambil tunggu lucky draw. Banyak hadiah yang best best jugak. Antaranya penginapan di Seri Pacific hotel, basikal dan macam macam lagi. Seperti biasa aku cuma duduk dan tengok jer nombor orang lain dipanggil. Tak pernah nak bertuah kalau bab lucky draw ini.


Kitorang bawa balik kain batik jer weh. lucky draw orang lain sapu habes. haha. Apa apa pon thank you Masnur! Ecah! sebab join batik fun walk ini dengan aku. Kalau korang tak ikut sekali memang aku tidur jer kat rumah time time macam ini. Untuk Batik Fun Walk pulak kita Jumpa lagi tahun depan. InshaAllah.
Terbaru Lebih lama