Langkawi Escape - D' Sentosa Guest House, Gamat dan Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi

Langkawi Escape - D' Sentosa Guest House, Gamat dan Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi | Sepatutnya cerita Langkawi ini aku update bulan lepas tapi disebabkan tahap kemalasan tuh tak boleh dibendung jadi makanya hari ini baru aku share dengan korang semua. Persi sana pulak masa cuti sekolah, ramai gila orang tapi tak adalah ramai sampai jerit jerit macam nak beli tudung. oppss!

Kitorang satu family gerak dari KL dalam jam 1030 malam, sampai Kuala Perlis pagi besoknya jam 7 lebih kalau tak silap. Kitorang pergi sana naik feri tak naik flight. It was a great experience walau pon ramai orang. Sampai jer sana terus gerak pergi tempat penginapan kitorang yang terletak di Ulu Melaka. Kitorang tinggal dekat Homestay. Tempat tuh agak jauh dari chenang dan kuah tapi Who cares right! still dalam langkawi jugak kan.haha. ok tak lawak.


Berbaloi walau pon tempat penginapan sedikit jauh dari tempat yang happening. Tengoklah rumah yang kitorang dapat. Honestly memang selesa. Lagi pon kitorang sewa kenderaan untuk kemudahan, jadi tak ada apa apa masalah berkaitan dengan pengangkutan pon sepanjang berada di langkawi.
*Entry lain akan dikemaskini berkaitan dengan penginapan sekiranya ada antara korang berminat untuk tahu.
Tak banyak aktiviti yang kitorang buat sepanjang berada di sana disebabkan oleh masa. Tiga hari dua malam di langkawi memang tak cukup untuk discover semua tempat tapi we still had fun.


Nusantara Maju



Nusantara Maju adalah antara tempat yang kitorang pergi. Tak "langkawi" lah kan kalau ke sana tak singgah tempat jual gamat kan. Tempat ini memang dekat sangat dengan homestay kitorang, tak payah susah susah pergi jauh jauh kan.


Kalau port makan pulak, korang kenalah pergi makan Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi yang terletak berdekatan dengan Airport. Taknak tulis panjang panjang. Jom layan gambar.



Laksa Kaw Ikan Sekoq ini berharga RM5.00 satu pinggan, dimana pada aku agak murah sebab dorang letak ikan sekor lepas tuh tambah lagi telur lagi sebijik. Murah habis habisan dah nih.hehe. Sekiranya korang tak makan laksa, ada lagi makanan lain yang boleh di order contohnya macam nasi ayam, rojak dan lain lain lagi.
Terbaru Lebih lama