Birthday in advance di Setapak Sentral

Assalamualaikum.

Sangat sangat tak suka kalau mood nak blogging sedang berapi api tapi idea langsung tak singgah dekat otak ini. Even dah ada bahan untuk dikongsikan pon masih lagi tak dapat nak mulakan. Kita just move on the main topic jelah yer.

Seingat aku dari kecil sampailah sekarang tak pernah ada buat event dekat rumah or mana mana tempat untuk celebrate birthday aku secara besar besaran. Maksud aku macam jemput orang datang buat makan makan semua itu tak pernah  berlaku. Sebab itulah bila tarikh kelahiran aku  tiba aku tak rasa macam nak menangis dekat hujung dinding or duduk dalam bilik air sambil feeling feeling mandi standing shower sebab tak ada orang wish birthday. Tak boleh nak blame anyone pasal ini sebab aku pon kadang kadang tak ingat birthday sendiri. 

Tapi sejak aku kerja ini adalah celebrate birthday, itu pon bukanya kaw kaw punya celebration just hang out with friends, makan makan then balik tidur. haha. Aku dengan sorang member ini lahir on a same month jadi kitorang decide untuk celebrate our birthday together. Ini kali kedua celebrate birthday sama sama dan aktiviti kitorang still the same macam last year. Pergi makan makan lepas tuh Karaoke.


Kitorang normally pergi karaoke dekat Redbox Sogo tapi sekarang ini dah tutup. Tak tahulah kenapa. Pfft. Jadi terpaksalah tukar port lain. Luckily area rumah kitorang ada tempat Karaoke yang best. Before pergi karaoke kitorang pergi makan dulu. Nak pilih tempat makan bukan senang ok. The day before kitorang hang out sampailah semalam masih lagi tak tahu nak makan dekat mana. Last last End up makan dekat Korean Restaurant.



Kitorang tak pernah makan dekat restaurant ini sebelum ini tapi tak salah kalau nak cuba. Masa tengok menu everything nampak macam sedap. Bila nak order tuh plak memang makan masa sikit lah sebab masing masing tak tahu nak order apa. 

Lepas dah order tuh nak tunggu makanan sampai pulak. Sorry to say the service a bit slow sebab even air yang kitorang order pon lambat sampai. If let say customer ramai kitorang boleh faham tapi unfortunately yang ada cuma kitorang and seorang mak with her anak on the other table. Duhhh! aku order sky juice je pon. pffft.


Lets move on the food pulak. Aku order Kimchi Deopbap. Kat dalam dia ade Kimchi, nasi dengan Marinated Grilled Chicken. Those yang suka makan kimchi, this is gonna be your fav. i think. Sebab if you ask me, This is totally not my cup of tea. The only thing yang aku suka is the Ayam! Sedap.


Yang ini pulak nama dia Korean Charbroiled. Boneless chicken leg marinated dengan tradisional Soy sauce campur dengan secret ingredient katanya lepas tuh grill. Serve dengan nasi dan telur macam dalam gambar tuh. Aku tak boleh nak describe apa rasa ayam tuh macam mana sebab tak rasa. sorry.


Korang terliur tak tengok. At first nak order Jerk BBQ ini tapi tak tahu kenapa naluri ini terlebih kepada Kimchi Deopbap. Mungkin sebab nama dia kot terus tak nak order. haha. Tapi kan agak menyesal tak order yang ini sebab quite good jugak rasa dia. Maybe if next time pergi boleh order. Tapi kalau pergi la.hmm.

Lepas dah habes makan kitorang proceed dengan karaoke pulak. Kitorang biasanya amek package yang dua jam jer tapi lucky us ada package 2 plus 1, Which is bayar untuk 2 jam dapat 1 jam free. Nampaknya terpaksalah buat konsert selama 3 jam. Sorry guys tak ada gambar masa dalam bilik karaoke tuh. The best part masa karaoke member aku sorang ini boleh plak pilih lagu "Happy Birthday" untuk nyanyi. Thank you and happy birthday to you too my friend. Dan itu sahaja untuk entry kali ini. Seperti biasa, Thank you for dropping by and happy blogging
Terbaru Lebih lama