Agenda Hari ini bersama Luqman Zakaria

Agenda Hari ini bersama Luqman Zakaria | Basically untuk entry kali ini aku nak berkongsi dengan korang tentang aktiviti yang aku buat hari ini. Sebenarnya everything yang berlaku langsung tak plan  pun dan suprisingly it was so fun especially bila dapat hang out dengan kawan kawan sambil melakukan aktiviti yang menyihatkan. gituh.

It was all started bila aku bangun awal pagi and terus pergi ke tempat kerja walaupon hari ini offday. Reason why aku pergi sebab tertinggal barang jer tapi gigih jugak awal awal pagi menapak dekat office. At the same time aku pergi office wearing a so called baju sukan sebab plan nak pergi jogging dekat area rumah lepas balik.

Tapi at last pergi jogging dekat Tasik Titiwangsa dengan officemates sebab kebetulan after keja dorang memang nak ke sana. Lucky me sebab kalau tak aku mesti bosan jogging sorang sorang dekat area rumah.huhu.


Tak sangka gambar ini turn out to be sooo good. Bukan nak puji diri sendiri *ehemehem tapi view dia lawa. kahkah. After dah penat berlari kitorang decide nak rent a bicycle. Sebelum jumpa tempat orang sewakan basikal penat jugaklah pusing satu Tasik tuh walau pon berjalan jer.lol.



Sewa untuk basikal ini satu Jam RM10.00, dua Jam RM20.00. Kalau nak sewa halfday pon boleh tapi lupa pulak berapa charges dia. Seriously memang best sebab dah lama tak naek basikal kalau tak silap dari zaman sekolah lagi. Hari ini dapat basikal meroyan la sekajap.haha


Dari jam lapan pagi kot kitorang dekat sana, Jam sepuluh baru gerak balik. Thanks to them sebab bawa aku sekali pergi sana and hantar balik rumah. Lepas Jogging terus pergi Laundry pulak sebab pakaian dah banyak sangat berlonggok dalam baldi. Kalau tak buat time off memang tak ada masa nak pergi. Nasib baik laundry dekat jer dengan rumah kalau tak mereput jugaklah baju aku tuh.lol

And finally pakaian semua dah siap basuh tapi ada lagi benda yang belum settle which is my hair. Rambut aku ini dah panjang sangat sampai diri sendiri pon dah rimas. So aku decide nak pergi potong rambut dekat Setapak Central.

Setapak Central? Yup! Sebelum ini dikenali sebagai KL Festival City Mall. Siapa siapa yang selalu ke KLFCM ini memang akan tahu yang mall tuh dah tukar nama. Kalau tak silap dah sebulan rasanya or lebih sebab aku tahu pun baru jer tahu pasal ini.


Kat tempat inilah selalu aku akan datang untuk potong rambut aku yang dah hampir pupus ini. Aku datang sini dalam jam empat petang. Lepas dah siap potong rambut tuh aku pergi shopping toiletries dekat watson. Tak tahu apa yang special sangat hari ini dekat sana sebab lepas beli barang kat situ dapat free gift. Kejap lagi aku share.


Dulu masa first time beli Shower gel Good Virtues Co. sebab design dekat botol tuh macam cool jer. langsung tak kisah pasal bau dia macam mana tapi bila dah start guna terus melekat. Yang lotion tuh pulak beli sebab ade officemate guna. Bau die "sedap". Dua items yang warna biru itu pencuci muka dengan mild peeling loiton. It is a brand from japan. Rasanya la.haha. First time try. Will see whether product ini berguna or tak untuk skin aku, pffft.


Inilah free gift items yang aku dapat. Thank you sebab bagi ini tapi make up starter? seriously? haha.
Its ok. i will give it away to my friend. Memang tak la aku nak guna make up starter tuh kan..lol. And thats it for today, Thank you for dropping by and happy blogging everybadeh!
Terbaru Lebih lama