Makan makan di Simply D Avenue K

Makan makan di Simply D Avenue K | Ok.macam mana nak start nih. Last post dua disember. Sekarang nih dah Lima belas disember. Kemain lama nau nau baru nak update blog. Biasalah orang bujang bekerja kan. Mestilah busy menguruskan hidup.gituh. padahal malas.

Enough with the intro. Sekarang fokus pada tajuk entry. Tak lain tak bukan mestilah pasal makanan. Favourite topik bila nak menulis. Sebelum ini aku ada post satu entry berkenaan dengan Satu Cafe nih yang dipanggil Simplyd. Ada jugalah comments kat entry tuh yang cakap nak pergi try nanti and guess what? 

After few days later, aku singgah lagi di Simplyd tuh balik sebab nak try menu lain pulak. Kali ini aku makan Simplyd Laksa served with Yellow mee.


Kali ini aku tak pergi sorang sorang macam aritu, Aku dengan member time belajar dekat kolej dulu. Dia makan Beef burger yang aku makan sebelum nih, so aku tak snap sebab entry lepas dah cerita pasal burger tuh. Burger tuh memang sedap tapi untuk Laksa yang aku makan nih kurang sikitlah. tak kena dengan citarasa aku.Huhu.


Tapi nasib baik jugaklah aku ade order skewers. ada Lamb dengan Chicken. Yang nih kena dengan tekak aku. sedap jugaklah. Kitorang sebenarnya tengah tunggu sorang lagi member lain yang nak datang sama tapi lambat sikit sebab nak tunggu die habes kerja. So, while waiting tuh, aku suggest untuk pergi try makan tempat lain sebab member yang sorang lagi tuh dah pernah makan kat simplyd.


Bila member sorang lagi tuh datang, kitorang tiga orang terus gerak pergi makan dekat Wondermama X pulak. Aku plan dah tak nak makan. Just nak lepak lepak sambil minum jer. Tapi sekali tengok menu, aku terorder makan pulak. dah terorder kenalah makan kan.haha.


Aku terorder yang nihlah.haha.


Mango Smoothies.

Aku dah lupa ape benda nama dia. yang penting, rasa die memang sedap. Tak peliklah kenapa selalu ramai orang kat wondermama X nih. Walaupon tadi aku dah pekena laksa dengan Skewers, aku still lagi boleh makan waffles nih tambah pulak dengan Mango Smoothies. Layan betui.haha.

Kawan aku yang baru joined kitorang order pasta. Tapi seperti biasalah aku lupa apa nama makanan tuh.haha.Sorry okeh. Dah lama sangat peram gambar terus lupa.


Aku nih bukan penggemar pasta. Tapi pasta kat wondermama X nih superb. Untuk penggemar pasta yang hardcore aku taktahulah kan. haha. Apa kata korang pulak pergi try and share dekat blog. Boleh aku usha usha entry korang pulak. Oklah. nampaknya sampai sini sajalah aku membebel. Selamat mencuba dan selamat berblogging.
Terbaru Lebih lama