Projek Makan Makan di Simplyd Avenue K.

Goodbye 22. Welcome 23. Yeahh. Syukur alhamdulillah, Hari ini 29 November 2014 umur aku sudah pon mencecah 23 tahun. To reward myself untuk hari penting ini, aku nak pergi makan makan tapi seriously aku tak tahu nak makan kat mana. Fikir punya fikir, aku teringat satu post dalam instagram pasal Simplyd Cafe. So, aku contact kawan aku yang pernah pergi sana, tanya exact location dan macam mane experience dia as a customer.She said that the food was really good. Apa tunggu lagi kan. terus siap siap gerak pergi sana.


Memandangkan aku duduk dekat area KL, jadi aku decide untuk pergi ke Simplyd Cafe yang terletak di Avenue K. Untuk pengetahuan korang, Simplyd ade dua lagi cawangan lain, Kalau  rasa Anevue K nih tersangatlah jauh, korang boleh ke cawangan yang berada di Nu Sentral dan The Curve.



Sampai jer dekat sini, aku nak snap gambar dulu tapi ramai sangat orang sampai kena queue untuk order. Baik aku queue dulu sebelum orang lain mencelah. Bila time nak balik tuh baru aku snap snap gambar. Kalau nak makan kat sini kena order dulu, bayar and dia akan hantar ke table kita. 


Pilih Style masakan dan Pilih Pasta or Noodles kesukaan korang. Menarik kan. Teringin pulak nak Rasa Simplyd Laksa tapi makan dengan Spaghettini. hehe.Hmmm, mungkin lain kali. Sebab untuk pertama kali singgah ini aku nak try benda lain dulu. Rambang mata jugaklah nak buat pilihan. Nasib baik jugalah queue tadi. Boleh amek masa untuk pilih makanan dulu. Meh nak tunjuk Menu lain untuk tatapan korang semua.


Sandwiches and Salads


Drinks

Apa yang aku order? Semestinya burgerlah. Salad salad ni wa tak layan sangat.haha. Aku order 100% Beef Burger with Lettuce, Tomato and Caramelised Onion on Brioche Bun. Lepas tuh add ons Chargrilled Chicken onside. For drinks aku amek Lemonade with Green Apple Flavour (Large).



Burger tuh memang Simply Delicious. Side Dishes ada Tapioca Chips & Coleslow. Kalau korang order Sandwich or Salad, dorang akan serve kan dengan Coleslow dan Chips. Nak tambah sides macam aku pon boleh. Selain Chargrilled Chicken, ada Smoked Salmon, Shave Parmessan, Fried Egg, Tea Egg, Garlic Bread, Wild Mushrooms dan Grilled Lamb Kofta. Drooling giler.ahaks.


Ice Cream.Mango Flavour. Bukan nak gebanglah tapi seriously sedap. Tak puas satu Cup. Satu RM3 jer. Boleh makan sampai pengsan. Korang boleh pilih whether nak dorang serve by cup or by cone. Aku prefer cup sebab kesopanan dan tatasusila aku akan lebih terjaga bila makan. Kalau guna cone aku failed.haha.

Sudah kenyang. hati pon dah tenang. so, time to share some informations dengan korang semua. Mesti korang akan cakap "whaaaaat!! Biar betik". Time aku dok makan makan tadi kat sana, nampak satu flyers pasal Promotion yang ada dekat Cafe nih. 


Pay anything you want. Yup! Korang bayar jer berapa yang korang nak untuk dapatkan 8oz Coffee. Bayar 10sen pon boleh.hehe. Dengan syarat setiap satu Coffee untuk seorang sahaja dan Promosi ini cuma untuk hari isnin bermula jam 3 hingga 4 petang sahaja. Kalaulah korang secara kebetulan ada di kawasan yang berdekatan pada waktu itu, bolehlah singgah Simplyd untuk dapatkan 8oz Coffee dengan harga yang korang sendiri tentukan. Thorbaik. Korang boleh layari www.simplyd.com.my untuk promosi dan maklumat maklumat lain yang berkaitan. 

Simplyd Avenue K.
Concourse Leve, - LOT C-16A
156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
*Sebelah H&M/depan Chatime
Daily 0800hrs - 2200hrs

P/S : Will definitely go back to Simplyd Cafe for more sebab makanan sedap sedap. Lepas tuh kan. staff simplyd kat Avenue K nih semuanya friendly. Layan jer aku tanya macam macam. 

Thank you guys for visiting this blog. Happy blogging semua.
Terbaru Lebih lama