Hujung Minggu di Renaissance Hotel Kuala Lumpur - Blog Luqman Zakaria

Hujung Minggu di Renaissance Hotel Kuala Lumpur

Share This
Hujung Minggu di Renaissance Hotel Kuala Lumpur | Hujung minggu adalah hari yang ditunggu tunggu! ada yang nak rehat kat rumah sambil tengok Melodi, ada yang dah buat plan awal awal nak pergi holiday or jalan jalan. Hujung minggu aku pulak? Biasanya kalau hujung minggu, aku akan ke rumah abang aku, buat apa apa yang patut macam basuh baju ke. Kalau tak ke sana pon aku akan duduk rumah and online 24/7. Tapi weekend yang lepas aku ada aktiviti sikit, thanks to my officemate sebab extend tarikh voucher 2D1N Stay at Renaissance. Jadi hujung minggu yang lepas, aku habiskan masa menginap kat di Renaissance Hotel Kuala Lumpur.

Renaissance Hotel East Wing
Pada yang mungkin tak tahu, renaissance Kuala lumpur ada East wing dan Jugak West Wing..aku stay kat kat East Wing! Superior Room. ermm..aku tade pulak snap gambar bilik untuk tatapan korang..tapi aku nak tunjuk jugak suasana dalam bilik tuh.kat bawah nih ada video yang aku ambik kat youtube...

Superior Room at East Wing
Pada pendapat aku bilik nih agak selesa dan yang paling syok kita boleh tengok KLCC dengan jelas. Bayangkan kalau malam mesti cantik view dia tapi sayang aku lupa nak snap sebab penat sangat merayau. Bila balik bilik terus tidur kat atas tilam empuk tuh.

2 ulasan:

  1. wahhh kalau sambut new year kat bilik tu boleh nampak pertunjukkan bunga api kannn tak perlu lagi bersesak2 ke KL hehe

    BalasPadam

Pages