Menginap di Bayview Beach Resort Penang

Menginap di Bayview Beach Resort Penang | Entry kali ini adalah sambungan dari entry yang lepas "Melawat Kek Loksi Temple di Penang"..ronda ronda Penang memang syok dan seriously memenatkan.bila dah penat mestilah nak rehat cukup cukup kan dan yang pasti Bayview Beach Resort adalah tempat yang sesuai. Bayview beach resort ini terletak lebih kurang 20 minit dari Georgetown dan 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa pulau pinang.


Bayview beach resort Penang terletak di batu ferringhi, kalau nak mandi manda kat laut memang senang. satu lagi yang best, Night Market. seronok kalau korang pergi night market.ramai betul orang yang pergi. aku pon tak lepaskan peluang tuh walaupon terpaksa pergi sorang sorang sebab yang lain dah tak larat nak ikut sama. dari hotel ke Night Market cume 10 minit sahaja. kalau nak drive pon boleh tapi aku prefer jalan kaki..bukan sebab tak reti drive tapi kalau jalan kaki lagi best sebab korang boleh tengok suasana malam kat batu ferringhi. 


maaflah kualiti gambar tak bagus sebab aku guna kamera handphone murah..anyway, bayangkan katil yang seluas lausnya nih. aku tidur sorang.mahunye tak selesa kan.hehe. siap boleh guling guling macam citer hindustan. first day check in dah nak masok jam 7 malam. perut aku nih mana boleh biarkan kosong lama lama. Naseb baik ada kedai makan kat area hotel nih..pekena Tom Yam semangkuk..barulah boleh tido dengan aman tanpa gangguan bunyi..hehe..


Antara facilities yang ada kat dalam toilet. semuanya cukup lengkap..siap ade hairdryer..eh! bukan kat mana mana hotel pon memang ada hairdryer ke? entahlah.saya noob bab bab hotel nih. dapat stay kat sini pon sebab tajaan company.alhamdulillah.rezeki.


Nice kan.kat taman nih korang boleh lepak lepak. kalau duduk kat taman nih korang boleh nampak view laut.serious cantik.tapi aku tak lepak sini sebab aku ke pantai..lagi syok sebab boleh rasa angin pantai yang sepoi sepoi bahasa...hehe.. banyak kemudahan yang ada kat hotel nih tapi tak sempat nak utilize semua sebab busy buat aktiviti luar. apa apa pon, kalau korang nak bercuti ke penang, terutama sekali yang nak ke batu ferringhi..bolehlah usha usha dulu Bayview beach resort nih.insyaallah, korang akan berpuas hati. 
Terbaru Lebih lama