Bercuti di Melaka Bandaraya Warisan Dunia

ehem!ehem.Sebelum aku membebel dan merapu dengan lebih detail.aku nak bagitau korang yang entry kali ini sebenarnya  entry imbas kembali. dah lama sangat tak ke melaka. last pergi melaka time study kat poly tech Alor Setar dulu. aku nak share satu fakta yang menarik tentang melaka. aku yakin korang semua dah sedia maklum tentang fakta ini.
Pada 7 Julai 2008, Bandaraya Melaka telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Bandaraya Warisan Dunia ( World Heritage City. sumber: mitc.org.my
wah, kali ini aku berkongsi tentang fakta pulak. aku harap apa yang aku bagitau nih akan mendatangkan manfaat kepada pembaca dan followers arepnakbebel.com. bak kata seorang blogger tuh.." biarlah apa yang kita kongsi nih berguna untuk semua orang yang membacanya". maju selangkah untuk arepnakbebel.com. ececeh.


5 March 2010..kalau kire kire balik gambar nih dah  berusia 3 tahun. kalau cuci gambar kat kedai and simpan dalam album sure dah berkulat. tapi sekarang zaman dah moden kan..simpan dalam pendrive je. tahan lama katenya. gambar nih time kitorang kat Zoo Melaka. pokok pokok kat belakang tuh  dah kurang sebab renovation [maybe la kot..tak pasti ]..kalau korang ke sana sekarang nih mesti dah lain.


tengoklah! muka muka keriangan kami..kenangan manis gula gula lolipop [semester 2]. walaupon cuaca panas sangat time tuh. kitorang tetap boleh gelak gelak. sebab terlampau seronok. lebih lebih lagi yang buat peace tuh..sape tatau. 


time nih lepas shopping kat Dataran Pahlawan rasenya.tak ingatlah.dah lama sangat.hehe. banyak tempat yang kitorang pergi tapi sayang sebab gambar tak banyak. gambar kat A Famosa Waterworld pon takde sebab 24 jam dalam air je..camne nak ambik gambar  kan. time kat Menara Taming Sari pon tade  jugak..hurmm..tape tape..next time pergi..boleh snap banyak banyak tapi kena ada Tourist Guide la. sape orang melaka?? 
Terbaru Lebih lama